Thursday 30 January 2014

6. Tips Berbasikal



Sebelum Menunggang Basikal

Pastikan:

  • Badan mesti Sihat.
  • Basikal baik dan selamat.
  • Memakai topi kaledar keselamatan.
  • Menunggang di lorong tepi atau lorong khas jika ada.
  • Memakai pakaian yang cerah.
  • Jangan menunggang bergandingan.
  • Patuhi peraturan lalulintas jalan raya.
  • Memasang lampu ketika waktu malam.


Semasa Menunggang Basikal


  • Memberi tumpuan / fokus.
  • Berhati-hati.
  • Peka dengan keadaan jalan raya. (berlubang, selekoh, air bertakung, simpang & lln.)
  • JANGAN menunggang di bawah pengaruh ubat yang dilarang Doktor.
  • Jangan berbual & merokok.
  • Berikan laluan kepada pengguna jalan raya yang lain.


Peraturan Lalulintas Jalan Raya (Basikal)


  • Basikal tidak boleh di tunda ketika di atas jalan raya.
  • Ditunggang di sebelah kiri jalan.
  • Tidak boleh ditunggang berinringan.
  • Tidak boleh membawa orang lebih dari reka bentuknya.
  • Berat muatan tidak melebihi 18 kg  


5. Cara Membaiki Basikal

Cara Menampal Tiub Basikal











PERHATIAN :
Penampal tiub basikal kebiasaannya hanya bertahan sementara sahaja, kerana angin ditempat bocor akan keluar sedikit demi sedikit. Oleh itu menukar tiub baru adalah lebih baik bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan kedai membaiki basikal.

4. Perkara Yang Menyebabkan Kemalangan Berbasikal

Perkara-perkara Yang Menyebabkan Kemalangan
 Semasa Berbasikal


1. Basikal Tidak Sempurna - Misalnya brek, lampu, dan sebagainya, tidak boleh berfungsi.

2. Tidak Memberi Isyarat - semasa memulakan tunggangan, sewaktu membelok atau memberhenti basikal.

3. Membawa Penumpang - yang mengganggu imbangan.

4. Jarak yang sesuai.

5. Jalan raya yang sibuk dan sempit.

6. Membawa haiwan.

7. Bergurau atau bercakap-cakap.

8. Memotong atau melintasi celah-celah kenderaan lain.

9. Saiz basikal tidak sesuai. 

10. Pemegang (hendal) dan tempat duduknya tidak sesuai

3. Bahagian Basikal

2. Peraturan Berbasikal





Peraturan-peraturan Semasa Menunggang Basikal

1. Sebelum menunggang basikal, pastikan brek, lampu hadapan, lampu merah belakang dan loceng boleh digunakan.

2. Sebelum belok basikal ke kanan atau ke kiri, atau ke belakang, hendaklah memandang ke belakang, dan kemudian beri isyarat.

3. Jika tunggang ramai-ramai, tunggang dalam satu baris.

4. Guna lorong basikal, jika ada.

5. Kedua-dua tangan mesti pegang pemegang (hendal) dan kaki pada pengayuh basikal (pedal).

6. Fahami dan ingat isyarat jalan raya.

7. Apabila berhenti, gunakan brek belakang, perlahan, dan brek hadapan kemudiannya.

8. Beri jalan kepada kenderaan yang besar dan patuh pada isyarat lalu lintas.

9. Sentiasa menunggang basikal di sebelah kiri jalan.


1. Undang-undang Jalanraya - Berbasikal

Undang-undang Berbasikal

































Patuhi semua Undang-Undang Trafik dan Isyarat
• Menunggang basikal dijalan raya, MESTI mematuhi undang-undang lalu lintas; tanda-tanda dan isyarat trafik.
 JANGAN Menunggang yang bertentangan dengan arah lalu lintas adalah berbahaya dan menyalahi undang-undang.
Menunggang di lorong pejalan kaki
 Ketika menunggang basikal anda di kaki lima anda mesti
patuhi semua papan tanda dan isyarat pejalan kaki.
• Apabila menghampiri pejalan kaki dari belakang, perlahan dan memberi isyarat yang boleh didengar memberi amaran kepada mereka kehadiran anda sebelum melintasi mereka.