Thursday 30 January 2014

Skim Lencana Pengakap Kanak-kanak

Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak diadakan untuk membolehkan ahli-ahli Pengakap mengikuti aktiviti-aktiviti dan menunjukkan minat dalam berpengakap.  Setelah menjalani latihan dengan aktiviti-aktiviti kemahiran berpengakap, Pengakap Kanak-kanak iani akan dianugerahi dengan lencana-lencana tertentu yang membuktikan bahawa dia telah menjalani ujian tersebut dengan jayanya.

Lencana WAJIB yang perlu diperoleh terlebih dahulu ialah LENCANA KEAHLIAN.  Setelah memperolehi Lencana Keahlian, Pengakap Kanak-kanak tersebut perlu meneruskan latihan dengan memilih SATU Lencana Wajib iaitu Lencana Penunggang Basikal ATAU Lencana Ahli Renang.   Dalam peringkat Pengakap Kanak-kanakini, TIGA (3) Lencana Kemajuan akan diberikan kepada seseorang ahli yang berjaya mengikuti skim ini iaitu


  1. Lencana Keris Gangsa
  2. Lencana Keris Perak
  3. Lencana Keris Emas
Di samping itu, Pengakap Kanak-kanak perlu juga memperolehi Lencana Kepandaian dengan DUA dalam Kategori Kegemaran, DUA dalam Kategori Pengetahuan dan DUA dalam kategori Perkhidmatan.

No comments:

Post a Comment