Thursday 30 January 2014

LENCANA KEAHLIAN PKK

Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat Lencana Keahlian, seseorang budak itu akan diuji dalam perkara-perkara berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan mengerti makna-makna setiap perkara tersebut.  Untuk LULUS lencana keahlian seseorang perlu LULUS ujian berikut;




  1. Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia
  2. Persetiaan Pengakap & Undang-undang Pengakap
  3. Lima prinsip Rukun Negara
  4. Hormat Pengakap & Cogan kata Pengakap
  5. Sejarah Pergerakan Pengakap
  6. Cerita Hutan
  7. Laung Agung
Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu.

Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap latar biru tua ini dipakai pada saku kiri kemeja (uniform pengakap).

Seterusnya, di bawah adalah perkara yang perlu ada di dalam buku log Lencana Ahli anda;
1) Lambang Pengakap
2) Lambang Pengakap Dunia
3) Persetiaan Pengakap
4) Undang-Undang Pengakap
5) Hormat Pengakap
6) Cogan Kata Pengakap
7) Prinsip Rukun Negara
8) Peraturan Pakaian Seragam
9)Sejarah Pengakap Malaysia
10) Sejaah Pengakap Dunia
11) Cerita Hutan
12) Laung Agung

No comments:

Post a Comment