Thursday, 30 January 2014

2. LENCANA WAJIB - AHLI RENANG

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam berenang dengan mengetahui peraturan keselamatan di air, kemahiran keselamatan diri, menunjukkan pelbagai kaedah berenang seperti kuak lentang, kuak kupu-kupu, gaya bebas dan mengapar menimbulkan diri (mushroom float).



  1. Mengetahui peraturan keselamatan di air (teori)
  2. Menunjukkan cara memulakan berenang dan kemahiran keselamatan diri kepada Penilai / Pemeriksa cara turun di air, cara timbul tenggelam, cara tarik dan hembus nafas, menahan nafas (teori) ATAU
  3. Cara junam, terjun kaki lurus / junam depan layang (teori)
  4. Cara luncur, meniarap, tendang keribas, cara gaya rangkak tangan dilutut / tangan di atas kepala; gerak tangan, tendang rejang, meniarap, rangkaian meniarap (teori)
  5. berenang dengan tidak berhenti-henti sejauh 20 meter dengan berpakaian seragam pengakap kanak-kanak yang lengkap (di dalam air aras pinggang)
  6. Berenang mengapar menimbulkan diri (Mushroom Float).  Berenang menyeberang dengan cara terlungkup, terlentang, dengan berbagai cara / gaya biasa.  Bila sampai separuh jalan ke jalan yang dituju berbalik semula menghabiskan renangnya dengan gaya yang sama
  7. Mengetahui cara mengendalikan jaket keselamatan di air.

ISI KANDUNGAN LENCANA AHLI RENANG

1 comment: