Sunday 23 February 2014

7. Bahaya Peralatan Elektrik dan Gas

Bahaya Peralatan Elektrik dan Gas Di rumah


1. Bahaya Peralatan Elektrik

Gambar 1:  Seterika




Gambar 2:  Kipas Angin





Gambar 3: Pembakar Roti




Gambar 4:  DILARANG MEMBUAT SAMBUNGAN LEBIH DARI SATU




Gambar 5:  JANGAN gunakan plag atau soket yang pecah dan rosak

Gambar 6:  JANGAN gunakan peralatan yang rosak, wayar yang rosak dan pecah



KESELAMATAN ELEKTRIK
Apabila bekerja menggunakan peralatan elektrik, prihatin terhadap langkah keselamatan adalah penting. Ini adalah kerana nisbah kematian terhadap kecederaan adalah tinggi dalam kemalangan elektrik berbanding kemalangan dalam kategori lain. Kegagalan mematuhi langkah keselamatan akan mengakibatkan kemalangan yang serius.

Antara akibat sekiranya bersentuhan dengan elektrik ialah:
1.Kejutan elektrik (electric shock)
- akibat drpd. pengaliran arus elektrik yang berlebihan melalui badan seseorang yang menyebabkan fungsi tubuh (urat saraf, otot, organ) menjadi tidak normal.
2.Tisu badan terbakar (electrical burns)
-  akibat drpd. pemanasan arus elektrik yang berlebihan.
3.Kebakaran elektrik (elecrical fires)
- akibat drpd. pemanasan berlebihan peralatan elektrik dan bersentuhan dengan bahan-bahan mudah terbakar.
Punca-punca kemalangan elektrik berlaku :
1.Punca-punca semulajadi
-   kilat
-  banjir
-  gempa bumi
2.Punca-punca drpd tindakan manusia
- kerosakan alat-alat atau perkakasan elektrik pd pendawaian yg  menyebabkan kebocoran elektrik
-  kekurangan pembumian dan berlaku arus bocor
-  kekurangan pelindung arus berlebihan seperti fius atau pemutus litar


Kelalaian manusia
-  pemasangan wayar yang salah
-  kegagalan menguji rintangan penebat pada alatan elektrik
-  pendawaian tambahan tanpa kebenaran
-  kegagalan membaiki alat-alat elektrik yang telah rosak
-  membuat modifikasi pd alat-alat elektrik-Kegagalan utk mematuhi segala peraturan keselamatan semasa menggunakan alat-alat elektrik atau perkakasan elektrik.
-Jarang membaikpulih dan menguji peralatan atau mungkin tiada pengetahuan dalam membaikpulih dan menguji peralatan.





2. Bahaya Penggunaan Dapur Gas di Rumah


Gambar 7:  Dapur gas









Panduan Menggunakan Dapur Gas

Apa yang PERLU anda lakukan?

1. Pastikan semua injap peralatan gas ditutup dengan sempurna.

2. Pastikan barang yang mudah terbakar seperti kain dan kertas, dijauhkan daripada api.

3. Sekiranya anda menggunakan dapur bukan automatik, cara yang betul untuk menyalakan dapur adalah dengan menyalakan mancis, mencucuh api ke pembakaran, kemudian memutar alat kawalan penyalaan.

4. Sentiasa membuka pintu dan tingkap ketika memasak. Pengudaraan yang tidak baik boleh menyebabkan keracunan karbon monoksida.

5. Sentiasa membersihkan permukaan dapur yang terkena minyak dan tumpahan makanan kerana ia boleh mengakibatkan kebakaran.

6. Sentiasa memeriksa gas dari semasa ke semasa dan dapatkan perkhidmatan individu kompeten yang diiktiraf Suruhanjaya Tenaga.

7. Pastikan rumah anda mempunyai pemadam api.



Apa yang TIDAK BOLEH anda lakukan?

1. TIDAK BOLEH tinggalkan masakan tanpa pengawasan.

2. TIDAK BOLEH gunakan Gas Petroleum Cecair (LPG) pada dapur yang direka khas untuk Gas Asli.

3. TIDAK BOLEH lakukan sendiri kerja pengubahsuaian dan penyambungan laluan paip gas.

4. TIDAK BOLEH lakukan kerja penggalian di laluan talian paip gas.


Risiko Menggunakan Gas Memasak

  1. Gas bocor - terhidu
  2. Meletup / terpelanting
  3. Terbakar
  4. Melecur/Cedera

6. Mengetahui Cara Memberhentikan Darah Keluar Dari Hidung - KP

Mengetahui Cara Memberhentikan Darah 
Yang Keluar  Dari Hidung




Hidung Berdarah - Penyebab & Rawatan


Cuaca panas akhir2 ini menyebabkan hidung  kerap berdarah.   Hidung akan berdarah samada sebelum tgh malam atau bangun pagi. 

Hidung berdarah dalam bahasa saintifik juga dipanggil 'Epistaxis'. Selalunya kanak2lah yg selalu dpt penyakit hidung berdarah ni tapi kalau terlalu kerap boleh jadi penyebab kepada penyakit berbahaya. Jadi sila lah berjumpa doktor jika terlalu kerap mendapat hidung berdarah ye..

Bagaimana ianya terjadi
Ianya terjadi apabila lapisan mukus dalam hidung itu kering, berkerak & menggelupas, jika dikorek selalunya akan berdarah.

Hidung juga terletak di tengah2 muka & tulangnya agak lembut jadi sebarang kecederaan boleh menyebabkan hidung mudah berdarah.

Mereka yg berisiko
Selain dari kanak2, hidung berdarah ni juga sering dikaitkan dengan mereka yg mengambil ubat pencair darah seperti 'Aspirin' & juga sering terjadi kepada mereka yang sudah berusia. Jika anda mengambil ubat pencair darah, ada darah tinggi & masalah pencairan darah yg abnormal, pendarahan mungkin sukar utk dihentikan & kadang kala mengambil masa sehingga 20 minit. 

Penyebab hidung berdarah
Ada beberapa faktor yg menyebabkan pendarahan, antaranya ;
  • menghembus hidung atau hingus terlalu kuat
  • mengorek hidung terutamanya ketika membrane sudah menggelupas @ bengkak
  • hentakan yg kuat pada hidung
  • bengkak pada saluran hidung yang ada kaitan dgn resdung
  • tulang hidung yg tidak selari & tidak terletak di tengah2 hidung
  • perubahan cuaca. Cuaca yg kering menyebabkan lapisan mukus dalam hidung kering & menggelupas
  • lagi tinggi dari paras laut maka lagi kurang oksigen & udara semakin nipis & kering
  • mempunyai alergic dalam saluran hidung
  • pegambilan beberapa jenis ubat secara berlebihan seperti 'Aspirin' & 'Ibuprofen'
  • penggunaan dadah terlarang seperti kokain
  • penyakit hati yg mengganggu pembekuan darah selalu menyababkan hidung berdarah
Apa yang perlu anda lakukan
Anda boleh rasa seperti darah di belakang tekak anda jadi duduk dengan segera & JANGAN TELAN kerana jika tertelan dgn banyak anda boleh muntah & rasa pening. Tekan bahagian hidung yg lembut dengan kuat & bernafaslah dgn mulut. Bongkok ke depan supaya darah tidak mengalir ke dalam tekak & tunggu sehingga 5 - 20 minit. Jika masih juga berdarah sila lah berjumpa doktor.

Petua orang tua pula gulungkan sehelai sirih & sumbatkan dalam hidung. Darah akan berhenti dengan sendirinya. Tp zaman hari ini agak sukar untuk mendapat sirih di kawansan bandar jadi  saya suruh anak alirkan air pada batang hidung utk mengecutkan saluran darah & mempercepatkan pendarahan.


Apa pun penyakit kita kena bertindak awal & dengan zaman it sekarang ni senang nak google dalam internet utk cari maklumat tentang penyakit. Walaubagaimana pun kena percaya pada naluri & tidak bergantung sepenuhnya pada maklumat yg kita dapat. Kalau dah kerap sangat hidung berdarah & tak kira masa eloklah bawa anak berjumpa doktor ye.


Read more: http://tpw4sale.blogspot.com/2013/06/hidung-berdarah-penyebab-rawatan.html#ixzz2u9OhZrIk

5. Faedah Bersenam - KP

Mengetahui Faedah Bersenam




Bersenam adalah salah satu cara menyihatkan badan selain menjaga pemakanan. Dengan bersenam,segala toksin dan benda tak elok akan keluar dari badan melalui peluh. 

Walaupun hanya berjalan, itu sudah dikira bersenam apatah lagi yang berjoging. 


Faedah Bersenam

Sebenarnya tubuh manusia memerlukan senaman.  Ini berguna untuk membina kemampuan tubuh kita pada tahapnya yang terbaik. Orang yang tidak bersenam hanya menggunakan 27% keupayaannya.  Dengan bersenam keupayaan seseorang boleh ditingkatkan kepada 56%.  Badan yang cergas dapat melakukan aktiviti dengan tidak berasa letih, bahkan segala kerja dapat disempurnakan dengan penuh keriangan.

Senaman juga boleh menyihatkan organ-organ badan.  Tubuh badan yang sihat tidak mudah dijangkiti penyakit.  Badan yang sihat juga boleh menghindarkan tanda-tanda ketuaan.  Senaman yang dilakukan secara teratur sangat berguna untuk meningkatkan pembinaan otot.  Maka otot-otot akan terbina dengan lebih baik lagi dari segi saiz, kekuatan, kekenyalan, dan daya tahannya.

Bahaya penyakit seperti serangan jantung boleh dikurangi kerana bersenam menyebabkan jantung kita bertambah kuat.  Jantung yang cergas mampu melakukan kerja yang lebih daripada jantung yang kurang cergas.  Contohnya jantung yang cergas mampu mengepam darah 25% lebih banyak daripada jantung yang kurang cergas.  Sebab itulah orang yang cergas tidak mudah letih atau lesu.

Selain daripada jantung, senaman memperelok sistem kardiovaskular. Senaman dapat mempercepat pembentukan kapilari darah yakni saluran darah yang halus pada tisu-tisu yang aktif. Dengan bersenam lemak dalam saluran darah dapat dikawal daripada menjadi beku. Ia juga memperbaiki sistem pernafasan kita.

Antara kebaikan senaman ialah

  • Meningkatkan kecergasan fizikal anda.
  • Merperbaiki keseimbangan, koordinasi dan gaya jalan.
  • Meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan harian.
  • Mempertingkatkan harga diri dan mengurangkan keresahan.
  • Mempercepatkan pemulihan dari penyakit dan tekanan mental.
  • Mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung.
  • Memperbaiki keupayaan mengawal paras glukosa dalam darah.
  • Melambatkan osteoprosis.
  • Berpeluang bergaul dengan orang ramai.


Read more: http://alyadina.blogspot.com/2013/10/jenis-senaman-setiap-hari.html#ixzz2u9M0sZeb

Ada empat asas senaman yang boleh dimanfaatkan untuk aktiviti kesihatan dan
riadah. Pilihan senaman yang bertepatan mampu menjamin kualiti hidup yang
lebih sempurna dan mengelak daripada kecederaan tulang, sendi dan otot.
Namun, harus diingatkan senaman mempunyai manfaat yang berbeza-beza dan
ia harus dilakukan secara perlahan-lahan dan mengikut teknik yang betul bagi
mengelakkan sebarang kemudaratan pada kesihatan tubuh. Empat asas
senaman ialah:

1. Senaman KetahananAktiviti kecergasan yang dikategorikan dalam senaman ini berkesan
melancarkan sistem pernafasan dan degupan jantung selain meningkatkan
kesihatan paru-paru dan sistem peredaran darah. Ketahanan tinggi bukan saja
baik untuk kesihatan malah memberi stamina konsisten bagi memudahkan anda
melakukan aktiviti seperti menaiki tangga. Mengamalkan senaman jenis ini
melindungi diri daripada penyakit yang disebabkan faktor usia seperti kencing
manis, strok, sakit jantung dan kanser kolon. Antara yang tergolong dalam
senaman ini adalah aktiviti berjalan kaki, joging dan berenang.

2. Senaman Keseimbangan
Senaman jenis ini membantu melindungi masalah biasa yang dialami golongan
dewasa misalnya, terjatuh. Bagi, warga tua terjatuh mampu menyebabkan sendi
dan bahagian badan tidak berfungsi dengan baik dan keadaan ini menyebabkan
mereka terpaksa bergantung kepada orang lain untuk melakukan sesuatu
perkara. Sebahagian daripada senaman keseimbangan ini mampu menguatkan
otot kaki dan memberi jangka hayat panjang kepada tubuh dan sendi untuk kekal
berfungsi. Senaman jenis ini adalah tekan tubi dan lompat tali.

3. Senaman FleksibilitiIa adalah senaman regangan. Mempraktikkan senaman regangan pada
bahagian otot dan tisu akan membuatkan tubuh menjadi mudah lentur dan bebas
melakukan pelbagai posisi dan gerakan. Ahli terapi fizikal dan pakar kesihatan
menggunakan teknik senaman regangan bagi membantu pesakit melakukan
pemulihan sendi akibat kecederaan. Antara contoh senaman jenis ini ialah yoga,
gimrama dan aerobik.

4. Senaman Kekuatan
Senaman jenis ini bertujuan membina otot tubuh bagi memberi kelebihan kepada
diri melakukan sesuatu pekerjaan. Senaman kekuatan membantu meningkatkan
kadar metabolisme serta mengawal berat badan dan gula dalam darah. Ia
penting kerana penyakit seperti kencing manis dan obesiti adalah masalah
kesihatan yang paling banyak berlaku di kalangan orang dewasa. Malah,
senaman jenis ini mampu mengurangkan risiko asteoporosis. Angkat berat
adalah jenis kekuatan.

Justeru, pilihlah senaman yang tepat dan bersesuaian dengan kemampuan
anda. Pilihan senaman yang tepat penting bagi mengelak kecederaan. Senaman
perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan berperingkat.
Ramai yang terlalu tergesa-gesa ketika melakukan senaman, sekiranya aktiviti
kecergasan dilakukan secara mengejut tanpa melakukan pemanasan ringan ia
mampu menyebabkan tisu dan otot badan cedera. Kecederaan ini kadang kala
mengambil masa lama untuk pulih.

INFO
Tip senaman yang baik

 Pilih aktiviti senaman yang menyenangkan dan menghiburkan hati anda bukan
sebaliknya.
 Bagi golongan yang mempunyai penyakit berbahaya anda disaran bertemu
doktor bagi mendapatkan nasihat senaman yang bersesuaian.
 Pakai pakaian yang bersesuaian dengan senaman yang dilakukan bagi
mengelak ketidakselesaan dan kecederaan
 Pilih waktu dan tempat yang sesuai supaya anda berasa lebih selesa dan
jadikan senaman satu tabiat yang fleksibel
 Jika perlu gunakan muzik untuk mendapatkan mood senaman anda
 Lakukan aktiviti riadah dengan orang yang paling disenangi seperti keluarga,
jiran dan rakan bagi meningkatkan tahap psikologi dan motivasi diri.

4. Kebersihan Diri dan Persekitaran - KP

Kebersihan Diri dan Persekitaran



  • Sangat penting - dalam kehidupan seharian
  • Selesa dan harmoni - kebersihan merupakan tonggak kehidupan.  
  • Membudayakan amalan kebersihan - sentiasa mengambil berat aspek kebersihan.
  • Memberi keutamaan -  penjagaan kebersihan.  
  • Kebersihan meliputi -  kebersihan badan, kebersihan persekitaran tempat tinggal, kebersihan makanan, kebersihan pakaian, dan sebagainya.





Mencuci kepala



Mencuci Muka


Menjaga Kebersihan Mulut dan Gigi:
  •  Memastikan gigi bersih - daripada plak dan sisa makanan.
  •  Gigi bebas daripada kesan tartar -  (yang biasanya disebabkan nikotin dalam asap rokok)
  •  Gusi -  sihat dan lembut.
  •  Gigi bebas daripada kaviti (lubang)
  •  Nafas yang segar
  •  Gigi yang sihat secara semula jadi.
Langkah Yang Harus Dilakukan:

  •  Memberus gigi - dua kali sehari.
  •  Bersihkan sisa makanan di celah gigi - dengan benang flos
  •  Berkumur - menggunakan ubat antiseptik.
  •  Jalani pemeriksaan gigi - sekurang-kurangnya dua tahun sekali.


Penggunaan cecair kumur dapat membantu:
  •  Membasmi kuman  - yang menjadi punca masalah mulut.
  •  Menguatkan enamel gigi - dengan fluorida.
  •  Mengekalkan gusi yang sihat.
  •  Mengurangkan plak gigi.
  •  Menyegarkan nafas.
  •  Gigi nampak lebih bersih dan putih.

Membersihkan Mulut dan gigi


     
              




Bergotong Royong Membersih Kawasan Sekitar Rumah



Kebersihan persekitaran tempat tinggal 

  • Perlu diperihatinkan. 
  • Nyaman, Selesa - Tempat tinggal yang bersih akan membuat kita nyaman. 
  • Udara, dan pandangan sihat
  • Tanggungjawab bersama 
  • Menanam sikap suka kepada kebersihan secara berterusan 
        


kesihatan-akupunktur-master cina-herba-diet-rawatan




Menjaga kebersihan dari segi makanan.  

  • keperluan asas -  dalam kehidupan kita.  
  • Menjaga kebersihan makanan - adalah amat penting.  
  • Mengelakkan keracunan makanan
  • infestasi haiwan perosak 
  • Menghasilkan makanan yang selamat. 
  • Mengelakan Makanan tercemar - boleh dicemari oleh bakteria di badan manusia, haiwan, udara, air, sampah sarap, makanan mentah, dan sebagainya.  
  • Masak makanan
  • Cuci hingga bersih
  • Masak minuman sampai mendidih -  supaya bakteria di dalamnya mati. 
  • Menghindari penyakit - seperti sakit perut, cirit-birit, muntah-muntah, loya, demam dan sebagainya.             







3. Rukun Sembahyang - KP

Rukun Sembahyang
- ( mengikut agama masing-masing)



Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
  1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
  2. Niat.[Qalbi]
  3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
  4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
  5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
  6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
  7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
  8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
  9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
  10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]
  11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
  12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
  13. Tertib [Qalbi]
Note:
tama'ninah = berhenti seketika (sekadar menyebut subhanallah)
Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. Tidak rukun bila solat berjemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan Al-Quran; "Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat." (Al-A'raaf/7:204).

2. Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jempol

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jempol


Nama:           Encik Sulaiman bin Malik
Bertugas:       Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jempol
                     72120 Bandar Seri Jempol
                     Negeri Sembilan
Tel:               06-4583061

Tempat Tinggal:  616 Desa Permai Serting Tengah
                          72200 Batu Kikir
                          Negeri Sembilan
Tel:                     06-4985344
No HP:               013-3715117

1. Orang Kenamaan - KP

Orang Kenamaan 



Yang di-Pertuan Agong ke-14
Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dilahirkan pada 28 November 1927 di Alor Setar, Kedah. Baginda adalah Sultan Kedah ke-27 sejak 1958 serta merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (1970 – 1975) dan ke-14 (mulai 13 Disember 2011), sekaligus menjadi sultan pertama yang menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.

Raja Permaisuri Agong ke-14
Seri Paduka Baginda Tuanku Hajah Haminah binti Hamidun merupakan Sultanah Kedah serta Raja Permaisuri Agong yang ke-14. Baginda telah dilahirkan pada 15 Julai 1953 di Bagan Serai, Perak dan berkahwin dengan Sultan Abdul Halim pada 25 Disember 1975. Baginda mendapat gelaran Che Puan Kedah sehinggalah pada 9 Januari 2004 apabila baginda ditabalkan sebagai Sultanah Kedah.

DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan DYMM Tuanku Ampuan

Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan ke 11 ini. Gelaran penuh baginda ialah 
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir,
D.K.,D.M.N.,D.K.(Perak),D.K.(Perlis),D.K.(Selangor),D.K.(Kedah),D.K.(Kelantan),D.K.(Johor),D.K.(Terengganu),D.K.Y.R.,P.P.T.

                Raja Permaisuri;  YM Tengku Aishah Rohani Binti Tengku Besar Mahmud





PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO' SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan 
Pejabat Perdana Menteri,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.
Talian Am : 03-8888 8000




MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN
YAB DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN

Menteri Besar Negeri Sembilan,
Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan,
Tingkat 5B Wisma Negeri,
70502 Seremban, NEGERI SEMBILAN.



LENCANA KEMAJUAN KERIS PERAK (KP)

SUKATAN LENCANA KEMAJUAN KERIS PERAK



KESETIAAN

  1. Orang kenamaan/Sultan/Yang Dipertua Negeri
  2. Pesuruhjaya Daerah
  3. Rukun Sembahyang agama masing-masing
KESIHATAN DAN KESELAMATAN
  1. Cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran
  2. Mengetahui faedah senaman
  3. Cara memberhentikan darah keluar dari hidung
  4. Bahaya eletrik dan gas
  5. Isi kandungan Peti Pertolongan Cemas
KECEKAPAN
  1. Latihan Asas Perbarisan (Buka / Tutup Barisan)
  2. Ikatan Buku Sila/Bunga Geti/Simpul Manuk
  3. Memasang, mengibar, menurun, melipat bendera
PENYERTAAN
  1. 5 jenis haiwan dan sifat khususnya
  2. Cara tumbuhan mendapatkan makanan
  3. Cara mengelakkan makanan tercemar
  4. Asas penggunaan komputer
  5. Penggunaan telefon awam
PERKHIDMATAN
  1. Mengetahui dan memahami isyarat wisel
  2. Syarahan atau ceramah
  3. Memberikan pertolongan di air dengan alatan
Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Kanak-kanak ini telah menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut


Tarikh: ........................................                        Diluluskan oleh:.............................................................

Tuesday 18 February 2014

LENCANA KEPANDAIAN - ( KATEGORI KEGEMARAN )


 LENCANA KEPANDAIAN ( KATEGORI KEGEMARAN )

Lencana Kepandaian - Kategori Kegemaran








Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Pengakap Kanak-kanak – LENCANA KERIS GANGSA, Pengakap  itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran seperti di bawah mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut:

1. Ahli Koleksi Hobi.
2. Ahli Kraf tangan
3. Ahli Peladang kecil.
4. Ahli Pelukis.
5. Ahli Pembaca Buku.
6. Penghibur.
.

Ahli Koleksi Hobi
Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Kanak-kanak PK bagi mengiktiraf minat @ hobi dalam mengisi masa lapang seperti : mengumpul pelbagai setem, matawang asing, sampul surat hari pertama, rantai kunci, lencana-lencana Pengakap
Mereka juga boleh memungut dan mengumpulkan apa juga barang sebagai hobinya dengan cara menyimpan dengan kemas dan tersusun serta mengetahui sedikit sebanyak mengenai koleksinya.
Ahli boleh memilih sendiri koleksi hobinya seperti contoh di bawah :
  • Koleksi LIMA (5) jenis setem Malaysia yang berbeza. 
  • Menghasilkan 1 buku skrap samada tumbuhan herba, bunga, sejarah, sukan dan lain-lain berdasarkan kemampuan ahli pengakap PK itu sendiri.
  • Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis pensil pelbagai bentuk dan logonya. Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis daun-daun tumbuhan. 
  • Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis pelbagai bentuk botol dan penutup botol. 
  • Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis mata wang asing sama ada wang kertas atau syiling. 
  • Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis rantai kunci (key-chain). 
  • Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis lencana Pengakap seperti lencana Perhimpunan, Agoonoree, Jambori dan koleksi lencana Pengakap antarabangsa dan lain-lain. 
  • Menyediakan sebuah buku skrap tentang satu jenis koleksi hobinya.
  • Lain-lain hobi yang sesuai.


Ahli KraftanganLencana ini diberikan kepada ahli Pengakap Kanak-kanak PK bagi mengiktiraf minat dalam menghasilkan bahan-bahan kraf seperti : Tikar anyaman, Wogel Penanda buku, Alat permainan Layang-layang
1. Membuat SATU (1) jenis kraftangan tradisional seperti anyaman ATAU membuat layang-layang.
2. Menghasilkan sekurang-kurangnya DUA (2) Penanda Buku daripada bahan seperti : Kad manila Plastik Daun kering Bahan kulit
ATAU
3. Membuat satu jenis rekaan dari kertas seperti : Rekaan untuk kegunaan sehari-hari seperti sampul surat, beg, buku dan lain-lain. Rekaan binaan seperti topeng atau sarung kepala keluarga “Mowgli”. Rekaan alat permainan seperti kapal, kapal terbang, burung ajaib dan lain-lain berdasarkan pengetahuan dan fantasi.


Peladang Kecil
Lencana ini diberikan kepada ahli bagi mengiktiraf minat dalam menjaga tanaman dan memelihara tanaman dan haiwan ternakan dengan kaedah-kaedah yang betul.
Pilih TIGA (3) sahaja daripada perkara-perkara berikut : 
  • Menyediakan 5 polibeg untuk menanam sayur-sayuran. 
  • Menunjukkan cara menanam pokok sayur-sayuran. 
  • Menunjukkan cara menjaga tanaman. 
  • Memelihara sekurang-kurangnya 5 ekor anak ayam sebagai ternakan asas. Memelihara sekurang-kurangnya 5 ekor anak ikan air tawar di kolam samada di sekolah/rumah secara sendiri/dengan usahasama rakan sebaya dari kumpulan 6 sekawan. 
  • Menyediakan 2 batas untuk mengalihkan anak semaian.
  •  Menyediakan satu buku skrap atau folio yang berkaitan dengan penanaman sayur-sayuran.


Pelukis
Lencana ini diberikan bagi mengiktiraf minat mereka mengisi masa lapang dengan aktiviti melukis, mewarna, membina arca dan dapat menghasilkan lukisan yang menarik.
Ahli boleh memilih EMPAT (4) aktiviti di bawah : Memilih 2 warna daripada 1 watak dalam Cerita Rimba “The Jungle Book” dan mewarnakannya.
1. Melakonkan SATU (1) watak di bawah :
2. Melukis gambar pelangi serta menamakan tiap-tiap warna itu.
3. Menyebut 3 warna asas.
4. Menunjukkan 3 warna sekunder dari campuran warna-warna asas dengan menggunakan warna air.
5. Menghasilkan satu Kad Ucapan seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Krismas, Hari Wesak dan Kad Hari Lahir.
6. Menghasilkan satu rekaan corak dari bahan terbuang sama ada cetakan, mozek, jubin tanah liat, mural, hiasan dinding, kolaj, yang motifnya berdasarkan tulisan huruf dan angka, corak tradisi, corak bebas, geometri dan rekaan manusia.
7. Membentuk satu binaan (dari bahan terbuang) seperti bentuk tiga dimensi, arca, asemblaj, topeng dan anyaman asas yang motifnya berdasarkan alat permainan, bentuk lembaga, bangunan, bentuk berdasarkan cerita dongeng, sejarah, fantasi dan haiwan.
Watak
MargaPerwatakanAkelaSerigala TunggalPemimpin bijaksanaBagheeraHarimau KumbangJurulatih mahirBalooBeruangGuru undang-undangAdek KelabuAnak SerigalaKeluarga AngkatMowgliBudak LelakiKawan MargaMysaSeladangPendengar baikShere KhanHarimau BelangPembuliBanderlogMonyetPembohongBuldeoPemburuSamsengJakalaBuayaPura-puraSahiLandakPenulisHathiGajahTokoh hormatKaaUlar SawaPemanjatTabaquiRubahPengampuMessuaWanitaIbu angkatWhite hoodUlar sendukPenjaga
8. Membuat kraftangan tradisional seperti lukisan, anyaman dan seni tembikar berdasarkan corak yang bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan.

Pembaca Buku
Lencana ini diberikan bagi sebagai mengiktiraf minat membaca mereka menjadi Ahli Perpustakaan Sekolah.
1. Boleh membaca sekurang-kurangnya sebuah buku cerita mudah kanak-kanak dengan sebutan yang betul dan jelas dengan bimbingan pemimpin.
2. Menjadi ahli perpustakaan sekolah atau perpustakaan mini Kelas Pendidikan Khas serta turut memberi khidmat sukarela seperti memelihara, mengemas dan menjaga kebersihan perpustakaan dan mengetahui mengapa perpustakaan harus dipelihara.

Penghibur
Lencana ini diberikan bagi mengiktiraf minat ahli dalam berhibur dengan menyanyi, bermain alat muzik dan menari. Ahli boleh memilih TIGA (3) daripada aktiviti di bawah :
1. Dapat menyanyikan salah sebuah lagu daripada kategori di bawah :
  •  Lagu kanak-kanak, jenaka, asli dan patriotik. 
  • Lagu Tradisi Masyarakat : Lagu setempat seperti ”Rasa Sayang” atau lagu asing seperti ”Red River Valley” dan sebagainya. 
  • Lagu Asli 
  • Lagu patriotik 
  • Lagu Pengakap.