Tips panduan yang berguna untuk diamalkan seperti berikut:
1. Pengakap mesti sentiasa di bawah pengawasan ibu- bapa, guru-guru atau penjaga yang dipercayai.
1. Pengakap mesti sentiasa di bawah pengawasan ibu- bapa, guru-guru atau penjaga yang dipercayai.
2. Pengakap sentiasa ada rasa 'cemburu' dan berhati-hati.
4. Pengakap mesti menjauhi orang yang tidak dikenali.
5. Pengakap TIDAK DIBENARKAN tidur di rumah orang lain kecuali sangat perlu dan keluarga tersebut dikenali sebagai keluarga yang amanah dan berhemah.
6. Pengakap menjerit minta tolong atau sebut "API-API" jika ada gangguan atau pencerobohan terhadap dirinya.
7. Pengakap berdoa mohon keselamatan serta perlindungan Tuhan semasa melangkah keluar rumah, contoh: " Bismillahi tawakkaltu 'alAllah".
8. Pengakap Jangan terima pelawaan orang yang tidak dikenali untuk tunjuk arah atau jalan, suruh orang itu minta pertolongan lelaki dewasa. Jika didesak juga, lari dan jerit minta tolong.
9. Pengakap Jangan tumpang orang yang tidak dikenali sama ada kereta, motor atau basikal.
10. Pengakap Jangan percaya dan ikut orang yang mengaku dihantar oleh ibu bapa untuk mengambil kamu balik dari sekolah, meskipun diberitahu ibu-bapa kemalangan dan sebagainya.
11. Pengakap Jangan terima duit, gula-gula atau snek dari orang yang tidak dikenali, jiran, jaga sekolah, guru atau teman lelaki jika berseorangan sahaja dengan mereka.
12. Pengakap perlu Berhati-hati apabila dalam perjalanan pergi sekolah, kedai dsb juga bila balik rumah. 13. Pengakap Jangan jadikan amalan terlalu rapat dengan jiran lelaki sama ada tua atau muda, lebih-lebih lagi pergi bermain dan tidur di rumahnya kecuali dengan pengetahuan ibu-bapa dan tidak bersunyi-sunyi.
14. Jika Pengakap dihalang semasa sedang berjalan, cuba elakkan orang tersebut, jika masih dihalang, lari kebelakang dan jerit sekuat hati.
15. Pengakap mesti Balik ke rumah segera sama ada dari sekolah atau tugasan diluar, jangan singgah dimana-mana tanpa kebenaran dan elakkan dari terlalu banyak bermain-main.
Ingat: Pengakap TIDAK menerima pemberian makanan, gula-gula mahupun air dari orang yang tidak dikenali.
15. Pengakap mesti Balik ke rumah segera sama ada dari sekolah atau tugasan diluar, jangan singgah dimana-mana tanpa kebenaran dan elakkan dari terlalu banyak bermain-main.
Ingat: Pengakap TIDAK menerima pemberian makanan, gula-gula mahupun air dari orang yang tidak dikenali.
Keselamatan Diri
Keselamatan tidak boleh dikompromi. Tiada tolak ansur dalam menjaga keselamatan diri. Anda mesti menjaga keselamatan diri anda dengan mengikut tip-tip berikut:
JANGAN mengikut orang yang tidak dikenali pada bila-bila masa.
JANGAN mudah percaya kata-kata orang yang tidak dikenali.
JANGAN ingkar nasihat guru atau ibu bapa, atau orang yang lebih tua. Setiap larangan pasti ada sebab dan akibatnya.
JANGAN bergerak jauh daripada ibu bapa atau kumpulan rakan sekolah semasa anda mengikuti rombongan lawatan dan sebagainya.
JANGAN dekati atau melayan orang yang tidak dikenali – jika dia memaksa, anda mesti menjerit sekuat hati dan lari ke arah orang ramai.
kita perlukan pastikan keselamatan anak anak kita. jangan biarkan mereka seorang diri. ajar mereka agar tidak melayan org yg x dikenali. kes penculikan semakin berleluasa sekarang ini
ReplyDelete