1. Bahaya Peralatan Elektrik
Gambar 1: Seterika
Gambar 2: Kipas Angin
Gambar 3: Pembakar Roti
Gambar 4: DILARANG MEMBUAT SAMBUNGAN LEBIH DARI SATU
Gambar 5: JANGAN gunakan plag atau soket yang pecah dan rosak
Gambar 6: JANGAN gunakan peralatan yang rosak, wayar yang rosak dan pecah
KESELAMATAN ELEKTRIK
Apabila bekerja menggunakan peralatan elektrik, prihatin terhadap langkah keselamatan adalah penting. Ini adalah kerana nisbah kematian terhadap kecederaan adalah tinggi dalam kemalangan elektrik berbanding kemalangan dalam kategori lain. Kegagalan mematuhi langkah keselamatan akan mengakibatkan kemalangan yang serius.
•Antara akibat sekiranya bersentuhan dengan elektrik ialah:
1.Kejutan elektrik (electric shock)
- akibat drpd. pengaliran arus elektrik yang berlebihan melalui badan seseorang yang menyebabkan fungsi tubuh (urat saraf, otot, organ) menjadi tidak normal.
2.Tisu badan terbakar (electrical burns)
- akibat drpd. pemanasan arus elektrik yang berlebihan.
3.Kebakaran elektrik (elecrical fires)
- akibat drpd. pemanasan berlebihan peralatan elektrik dan bersentuhan dengan bahan-bahan mudah terbakar.
Punca-punca kemalangan elektrik berlaku :
1.Punca-punca semulajadi
- kilat
- banjir
- gempa bumi
2.Punca-punca drpd tindakan manusia
- kerosakan alat-alat atau perkakasan elektrik pd pendawaian yg menyebabkan kebocoran elektrik
- kekurangan pembumian dan berlaku arus bocor
- kekurangan pelindung arus berlebihan seperti fius atau pemutus litar
•Kelalaian manusia
- pemasangan wayar yang salah
- kegagalan menguji rintangan penebat pada alatan elektrik
- pendawaian tambahan tanpa kebenaran
- kegagalan membaiki alat-alat elektrik yang telah rosak
- membuat modifikasi pd alat-alat elektrik-Kegagalan utk mematuhi segala peraturan keselamatan semasa menggunakan alat-alat elektrik atau perkakasan elektrik.
-Jarang membaikpulih dan menguji peralatan atau mungkin tiada pengetahuan dalam membaikpulih dan menguji peralatan.
2. Bahaya Penggunaan Dapur Gas di Rumah
Gambar 7: Dapur gas
Panduan Menggunakan Dapur Gas
Apa yang PERLU anda lakukan?
1. Pastikan semua injap peralatan gas ditutup dengan sempurna.
2. Pastikan barang yang mudah terbakar seperti kain dan kertas, dijauhkan daripada api.
3. Sekiranya anda menggunakan dapur bukan automatik, cara yang betul untuk menyalakan dapur adalah dengan menyalakan mancis, mencucuh api ke pembakaran, kemudian memutar alat kawalan penyalaan.
4. Sentiasa membuka pintu dan tingkap ketika memasak. Pengudaraan yang tidak baik boleh menyebabkan keracunan karbon monoksida.
5. Sentiasa membersihkan permukaan dapur yang terkena minyak dan tumpahan makanan kerana ia boleh mengakibatkan kebakaran.
6. Sentiasa memeriksa gas dari semasa ke semasa dan dapatkan perkhidmatan individu kompeten yang diiktiraf Suruhanjaya Tenaga.
7. Pastikan rumah anda mempunyai pemadam api.
Apa yang TIDAK BOLEH anda lakukan?
1. TIDAK BOLEH tinggalkan masakan tanpa pengawasan.
2. TIDAK BOLEH gunakan Gas Petroleum Cecair (LPG) pada dapur yang direka khas untuk Gas Asli.
3. TIDAK BOLEH lakukan sendiri kerja pengubahsuaian dan penyambungan laluan paip gas.
4. TIDAK BOLEH lakukan kerja penggalian di laluan talian paip gas.
Risiko Menggunakan Gas Memasak
- Gas bocor - terhidu
- Meletup / terpelanting
- Terbakar
- Melecur/Cedera
No comments:
Post a Comment