Sunday, 23 February 2014

5. Faedah Bersenam - KP

Mengetahui Faedah Bersenam




Bersenam adalah salah satu cara menyihatkan badan selain menjaga pemakanan. Dengan bersenam,segala toksin dan benda tak elok akan keluar dari badan melalui peluh. 

Walaupun hanya berjalan, itu sudah dikira bersenam apatah lagi yang berjoging. 


Faedah Bersenam

Sebenarnya tubuh manusia memerlukan senaman.  Ini berguna untuk membina kemampuan tubuh kita pada tahapnya yang terbaik. Orang yang tidak bersenam hanya menggunakan 27% keupayaannya.  Dengan bersenam keupayaan seseorang boleh ditingkatkan kepada 56%.  Badan yang cergas dapat melakukan aktiviti dengan tidak berasa letih, bahkan segala kerja dapat disempurnakan dengan penuh keriangan.

Senaman juga boleh menyihatkan organ-organ badan.  Tubuh badan yang sihat tidak mudah dijangkiti penyakit.  Badan yang sihat juga boleh menghindarkan tanda-tanda ketuaan.  Senaman yang dilakukan secara teratur sangat berguna untuk meningkatkan pembinaan otot.  Maka otot-otot akan terbina dengan lebih baik lagi dari segi saiz, kekuatan, kekenyalan, dan daya tahannya.

Bahaya penyakit seperti serangan jantung boleh dikurangi kerana bersenam menyebabkan jantung kita bertambah kuat.  Jantung yang cergas mampu melakukan kerja yang lebih daripada jantung yang kurang cergas.  Contohnya jantung yang cergas mampu mengepam darah 25% lebih banyak daripada jantung yang kurang cergas.  Sebab itulah orang yang cergas tidak mudah letih atau lesu.

Selain daripada jantung, senaman memperelok sistem kardiovaskular. Senaman dapat mempercepat pembentukan kapilari darah yakni saluran darah yang halus pada tisu-tisu yang aktif. Dengan bersenam lemak dalam saluran darah dapat dikawal daripada menjadi beku. Ia juga memperbaiki sistem pernafasan kita.

Antara kebaikan senaman ialah

  • Meningkatkan kecergasan fizikal anda.
  • Merperbaiki keseimbangan, koordinasi dan gaya jalan.
  • Meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan harian.
  • Mempertingkatkan harga diri dan mengurangkan keresahan.
  • Mempercepatkan pemulihan dari penyakit dan tekanan mental.
  • Mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung.
  • Memperbaiki keupayaan mengawal paras glukosa dalam darah.
  • Melambatkan osteoprosis.
  • Berpeluang bergaul dengan orang ramai.


Read more: http://alyadina.blogspot.com/2013/10/jenis-senaman-setiap-hari.html#ixzz2u9M0sZeb

Ada empat asas senaman yang boleh dimanfaatkan untuk aktiviti kesihatan dan
riadah. Pilihan senaman yang bertepatan mampu menjamin kualiti hidup yang
lebih sempurna dan mengelak daripada kecederaan tulang, sendi dan otot.
Namun, harus diingatkan senaman mempunyai manfaat yang berbeza-beza dan
ia harus dilakukan secara perlahan-lahan dan mengikut teknik yang betul bagi
mengelakkan sebarang kemudaratan pada kesihatan tubuh. Empat asas
senaman ialah:

1. Senaman KetahananAktiviti kecergasan yang dikategorikan dalam senaman ini berkesan
melancarkan sistem pernafasan dan degupan jantung selain meningkatkan
kesihatan paru-paru dan sistem peredaran darah. Ketahanan tinggi bukan saja
baik untuk kesihatan malah memberi stamina konsisten bagi memudahkan anda
melakukan aktiviti seperti menaiki tangga. Mengamalkan senaman jenis ini
melindungi diri daripada penyakit yang disebabkan faktor usia seperti kencing
manis, strok, sakit jantung dan kanser kolon. Antara yang tergolong dalam
senaman ini adalah aktiviti berjalan kaki, joging dan berenang.

2. Senaman Keseimbangan
Senaman jenis ini membantu melindungi masalah biasa yang dialami golongan
dewasa misalnya, terjatuh. Bagi, warga tua terjatuh mampu menyebabkan sendi
dan bahagian badan tidak berfungsi dengan baik dan keadaan ini menyebabkan
mereka terpaksa bergantung kepada orang lain untuk melakukan sesuatu
perkara. Sebahagian daripada senaman keseimbangan ini mampu menguatkan
otot kaki dan memberi jangka hayat panjang kepada tubuh dan sendi untuk kekal
berfungsi. Senaman jenis ini adalah tekan tubi dan lompat tali.

3. Senaman FleksibilitiIa adalah senaman regangan. Mempraktikkan senaman regangan pada
bahagian otot dan tisu akan membuatkan tubuh menjadi mudah lentur dan bebas
melakukan pelbagai posisi dan gerakan. Ahli terapi fizikal dan pakar kesihatan
menggunakan teknik senaman regangan bagi membantu pesakit melakukan
pemulihan sendi akibat kecederaan. Antara contoh senaman jenis ini ialah yoga,
gimrama dan aerobik.

4. Senaman Kekuatan
Senaman jenis ini bertujuan membina otot tubuh bagi memberi kelebihan kepada
diri melakukan sesuatu pekerjaan. Senaman kekuatan membantu meningkatkan
kadar metabolisme serta mengawal berat badan dan gula dalam darah. Ia
penting kerana penyakit seperti kencing manis dan obesiti adalah masalah
kesihatan yang paling banyak berlaku di kalangan orang dewasa. Malah,
senaman jenis ini mampu mengurangkan risiko asteoporosis. Angkat berat
adalah jenis kekuatan.

Justeru, pilihlah senaman yang tepat dan bersesuaian dengan kemampuan
anda. Pilihan senaman yang tepat penting bagi mengelak kecederaan. Senaman
perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan berperingkat.
Ramai yang terlalu tergesa-gesa ketika melakukan senaman, sekiranya aktiviti
kecergasan dilakukan secara mengejut tanpa melakukan pemanasan ringan ia
mampu menyebabkan tisu dan otot badan cedera. Kecederaan ini kadang kala
mengambil masa lama untuk pulih.

INFO
Tip senaman yang baik

 Pilih aktiviti senaman yang menyenangkan dan menghiburkan hati anda bukan
sebaliknya.
 Bagi golongan yang mempunyai penyakit berbahaya anda disaran bertemu
doktor bagi mendapatkan nasihat senaman yang bersesuaian.
 Pakai pakaian yang bersesuaian dengan senaman yang dilakukan bagi
mengelak ketidakselesaan dan kecederaan
 Pilih waktu dan tempat yang sesuai supaya anda berasa lebih selesa dan
jadikan senaman satu tabiat yang fleksibel
 Jika perlu gunakan muzik untuk mendapatkan mood senaman anda
 Lakukan aktiviti riadah dengan orang yang paling disenangi seperti keluarga,
jiran dan rakan bagi meningkatkan tahap psikologi dan motivasi diri.

2 comments:

  1. nfo yg baik dan bagus. pentingnya menjaga kesihatan ni. nk buat sesuatu aktiviti pun memerlukan tubuh yg sihat. banyakkan bersenamt dan ambil makanan yang seimbang. nk buat kerja pun senang kalu badan sihat. shaklee ada supplement membantu menguatkan tubuh anda

    ReplyDelete
  2. Info yang baik. Senaman dapat menyihatkan tubuh badan kita. Walaupun 10 minit kita lakukan ia tetap memberi manafaat kepada tubuh badan kita. Badan yang sihat akan mencergaskan pergerakan kita seharian serta minda pun sihat. Ikutilah senaman aerobik ataupun berjalan kaki pun memadai dalam seharian. Ingin ketahui kesihatan yang sihat jomm baca info di kaykacip.com tq

    ReplyDelete