Tuesday 18 February 2014

22. Atau Membuka Akaun Simpanan - KG

ATAU MEMBUKA AKAUN SIMPANAN


PENGAKAP KANAK-KANAK MEMBUKA AKAUN SIMPANAN

nOTA:
Ahli pengakap yang telah mempunyai akaun simpanan di bank dikehendaki menunjukkan bukti/fotostat dan menunjukkan kepada pemimpinnya

NAMA BANK:....................................................................................................

NO. AKAUN:......................................................................................................




AKAUN SIMPANAN DI BANK

Akaun simpanan membolehkan anda menyimpan atau memasukkan wang anda dan menerima faedah tanpa tempoh matang yang telah ditentukan. Ditawarkan oleh semua institusi perbankan di Malaysia, faedah yang diterima ke atas baki anda lazimnya dikreditkan ke dalam akaun pada setiap bulan. Deposit minimum untuk membuka akaun ini berbeza-beza antara satu institusi perbankan dengan institusi perbankan yang lain. Jumlah dikenakan mungkin serendah RM 1.

Anda boleh mengeluarkan atau memasukkan wang ke dalam akaun simpanan anda pada bila-bila masa. Anda juga boleh memohon kad ATM dengan nombor PIN yang tertentu. Kad ini membolehkan anda mengeluarkan wang daripada mesin ATM cawangan institusi perbankan berkenaan di samping menjalankan pelbagai transaksi lain.


Bagaimana cara buka akaun simpanan Maybank di Malaysia? 

Baru-baru ini aku membuka akaun simpanan di Maybank 

prosedurnya adalah sangat mudah dan cepat.


Sila bawa dokumen penting seperti IC (Kad pengenalan).   Selepas itu, boleh pergi ke mana-mana cawangan Maybank di Malaysia yang berhampiran.
Cara Buka akaun simpanan Maybank di Malaysia
Kad Visa Debit Maybank
Jumlah minimum untuk membuka akaun simpanan Maybank ialah RM250 untuk Saving Account-i atau Kawanku Saving Akaun). Tetapi pengakap kanak-kanak pelajar(student), pengakap tidak perlu membayar RM250 deposit itu sebaliknya hanya perlu isi borang butiran diri sahaja. Bagi student, mereka cuma minta tulis nama IPT / sekolah dan nama penjaga (bapa) serta kad pengenalannya sahaja dan tidak perlukan deposit.
Pengakap juga boleh membayar deposit RM50 sahaja sekiranya  memohon dengan menyertakan sekali borang lantikan oleh majikan.  Tetapi sebenarnya saya rasa tidak banyak beza sama ada kita perlu membayar deposit RM250 atau RM50 ataupun tiada deposit semasa membuka akaun di Maybank.  Sebabnya ialah, wang jumlah minimum deposit itu hanyalah syarat untuk membuka akaun sahaja dan pengakap boleh mengambilnya semula sebaik sahaja anda membuka akaun baru.
Semasa proses buka akaun, staf Maybank mungkin akan tanya pengakap sama ada ingin buka akaun Maybank2u online sekali (selain daripada kad ATM Visa Debit Maybank itu) atau tidak jika anda tidak nyatakan. Sebenarnya lebih baik buka sekali supaya tidaklah leceh sangat kalau tiba-tiba kita nak guna, lagipun tiada bayaran dikenakan.

No comments:

Post a Comment