Monday, 3 February 2014

7. Kepentingan Menjaga Kesihatan & Kebersihan Diri - KG

Kepentingan Menjaga Kesihatan Diri



Dalam hidup ini kita mestilah menjaga kesihatan.   Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira.  Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang memastikan amalan menjaga  kesihatan diri dipraktikkan dengan sebaik mungkin.
        
Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri,  kita dapat melakukan berbagai aktiviti yang kita suka.   Sebagai contoh, kita dapat bemain bola sepak dan berolah raga dengan selesa.   Kesannya kita akan lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang kita minat.  Mana mungkin orang yang tidak sihat dapat bermain bola dan beraktiviti.
            
Selain itu,apabila kita menjaga kesihatan kita dengan baik, kita dapat belajar dengan selesa dan mudah menumpukan perhatian sewaktu guru sedang mengajar atau memberikan penerangan.   Keselesaan ini terhasil disebabkan kita tidak mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu konsentrasi kita seperti selsema, demam, sakit perut dan lain-lain lagi.
            
 Di samping itu, orang yang menjaga kesihatan juga tidak menghadapi sebarang halangan yang menyebabkan kita tidak boleh hadir ke sekolah.  Jika kita sakit sudah tentu kita merasa bimbang penyakit tersebut akan berjangkit kepada rakan-rakan.  Kita mungkin akan dikurantinkan di rumah dan menyebabkan kita kerugian dalam pelajaran.

     
Pepatah ada mengatakan bahawa 'kesihatan itu lebih baik daripada harta benda'. Jika kita mengalami masalah kesihatan, kita tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan selesa. Malah kekayaan yang kita miliki juga tidak dapat kita nikmati sepenuhnya. Sebagai contoh, jika kita menghidap penyakit kencing manis, makanan yang sedap seperti daging dan udang tidak dapat kita makan walaupun kita mampu membelinya. Kita juga tidak dapat melancong ke luar negara walaupun kita mempunyai banyak wang.



Orang yang sihat juga mempunyai badan yang lebih cergas dan bertenaga. Jika seseorang sihat itu bekerja, dia dapat melakukan kerja yang diberi dengan baik dan berkualiti.  

Otak yang cerdas juga datangnya daripada badan yang sihat. Otak yang cerdas juga membolehkan kita berfikir dengan rasional apabila menghadapi sesuatu perkara, seterusnya kita akan menjadi lebih kreatif dan inovatif. Sesungguhnya, negara kita amat memerlukan rakyat yang kreatif dan inovatif untuk membolehkan negara menjadi maju dalam bidang sains dan teknologi.  

Kesihatan yang baik juga berperanan menjadikan seseorang itu lebih bahagia. Jlka kita sihat, banyak aktiviti yang boleh kita lakukan seperti melancong bersama keluarga. Sesungguhnya, aktiviti yang dijalankan bersama-sama keluarga dapat mewujudkan keluarga bahagia. Sebaliknya, jika kita sakit, kita akan menyusahkan ahli keluarga yang lain. Orang yang tidak sihat akan membebankan keluarga untuk menjaga dan mencari sumber kewangan bagi menampung kos rawatannya.

Orang yang sihat juga dapat menyimpan wang. Orang yang sakit memerlukan wang untuk berbelanja bagi merawat penyakit yang dihidapi. Tambahan pula kos rawatan bagi penyakit yang berbahaya dan kronik amat mahal. Adakalanya rawatan penyakit tersebut hanya terdapat di luar negara. Jika kita sihat, wang yang kita miliki itu boleh digunakan untuk melancong, membuat kebajikan atau membeli barang-barang keperluan yang lain.


  • Kebersihan Tubuh
    Ini amat penting bagi memastikan anda sentiasa sihat dan tidak dijangkiti penyakit.


    Pastikan kuku anda sentiasa kemas dan pendek.
    Rambut juga pastikan sentiasa pendek. Bagi perempuan yang berambut panjang, pastikan anda membuat tocang.
    Untuk mengelakkan kelemumur atau kutu, pastikan anda membasuh rambut dengan syampu setiap hari.
    Jangan sesekali berkongsi sikat dengan rakan atau adik-beradik.kerana ini akan memudahkan jangkitan misalnya kutu dan sebagainya.
    Rambut haruslah disikat rapi dan bagi pelajar lelaki, pakai minyak rambut supaya nampak kemas.
    Gosok seluruh badan dengan sabun semasa mandi, terutamanya di celah-celah ketiak dan kelengkang.
    Selesai mandi, lap badan sehingga kering, dan cuci telinga dengan berhati-hati.
  • MENJAGA KEBERSIHAN DIRI
  • 1. KEBERSIHAN DIRI• 
  • Bermaksud – Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk menjamin kesejahteraan hidup.
  • 2. Remaja perlu bertanggungjawab menjaga kebersihan diri.
  • 3. Kebersihan diri penting bagi meningkatkan penampilan agar mudah didekati oleh rakan-rakan.
  • 4. Amalan ini juga dapat menjauhkan diri daripada dijangkiti penyakit.
  • 5. Amalan menjaga kebersihan diri:
  • . Gunakan tuala wanita yang bersih semasa kedatangan haid.
• Amalkan menanda pada kelandar tarikh bermula dan berhenti haid agar kita sentiasa bersedia. 
• Mandi dan cuci rambut supaya badan dan rambut bersih, tidak berbau dan berasa segar.
• Pakai pakaian dalam yang bersih dan kering bagi mengelakkanpenyakit kulit.
• Elakkan berkongsi pakaian, tuala dan sikat bagi menghindar penyakit kulit dan kuku.

  • 6. Kepentingan Menjaga Kebersihan Diri
  • • Terhindar daripada penyakit 
  • • Displin diri
  • • Mengurangkan bahaya dan risiko jangkitan penyakit
  • • Mewujudkan suasana yang indah dan menenangkan fikiran
  • • Menimbulkan keharmonian keluarga dan masyarakat

8 comments:

  1. pentingnya menjaga kesihatan ni. nk buat sesuatu aktiviti pun memerlukan tubuh yg sihat. amalkan gaya hidup sihat dan ambil makanan yang seimbang. nk buat kerja pun senang kalu badan sihat. shaklee ada supplement membantu menguatkan tubuh anda

    ReplyDelete