Kemahiran Memanjat Tali
Memanjat tali 3 meter
Memanjat tali memerlukan kombinasi 2 anggota iaitu tangan dan kaki. Cara melakukan aktiviti ini adalah dengan :-
1. Pegang tali pada aras muka dan sepitkan tali antara kedua-dua belah kaki.
2. Gunakan kekuatan kedua-dua belah tangan untuk memanjat dan kedua-dua belah kaki untuk bertahan.
3. Semasa kaki bertahan, tangan hendaklah menjangkau ke bahagian atas tali sekaligus menarik badan keatas.
4. Seterusnya gunakan tangan untuk bertahan sementara kaki dinaikan menurut tali.
5. Langkah 2-3 diulang sehingga sampai atas.
Nota: sesetengah tali memberi kesan kepada tangan dan kaki kamu semasa melakukan aktiviti ini terutamnya semasa menuruni tali. Oleh itu berhati-hati untuk mengelakan tangan kamu tidak melecer. Sarung tangan digalakan digunakan semasa memanjat tali.
sumber rujukan
http://bukulogguru.blogspot.com/2012/09/keris-gangsa-pkk-memanjat-tali-3-meter.html
No comments:
Post a Comment