Thursday 30 January 2014

10. Sejarah Pengakap Dunia

Sejarah Pengakap Dunia


Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.

Nama Penuh                            : Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Singkatan                      : BP
Tarikh Lahir                            : 22 Febuari 1857
Tempat Lahir                          : London, England
Pendidikan Awal                      : Charter House, London
Pekerjaan Bekas                     : Mejar Tentera British
Nama Bapa                             : Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri                             : Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia           : 8 Januari 1941


                                           Sumber :http://www.geocities.com/kelanakajanga/sejarahpengakap.html

No comments:

Post a Comment