Monday, 3 February 2014

6. Agama-agama di Malaysia - KG

Agama di Malaysia




 Berikut adalah senarai agama yang dianuti oleh Penduduk di Malaysia
  1. Agama Islam
  2. Agama Buddha
  3.  Agama Kristian
  4. Agama Hindu
  5. Agama Sikh


TEMPAT BERIBADAT

Mengetahui agama-agama di malaysia serta tempat-tempat ibadat seperti Masjid, Gereja, Kuil, Tokong dan lain-lain di kawasan sekitar tempat tinggalnya.
Masjid - Penganut Agama Islam


Tokong - Penganut Agama Buddha

Kuil - Penganut Agama Hindu

                                                    Gereja - Penganut Agama Kristian

Sumber Rujukan

5. Kenali Kuasa Penganjur - KG

MENGENALI KUASA PENGANJUR PENGAKAP SEKOLAH




1.  Siapa Kuasa Penganjur

Persatuan/Unit Uniform Pengakap di sekolah semasa penubuhan dan pendaftaran setiap tahun hendaklah di bawah kebenaran kuasa penganjur yang terdiri dari:
1.  Guru Besar di sekolah rendah dan (Unit PKK)
2.  Pengetua di sekolah Menengah (Unit PM dan PR)
3.  Pengetua/Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Unit Pengakap Kelana)



Tanggungjawab Kuasa Penganjur ialah:- 

  • Meluluskan pendaftaran tahunan unit pengakap dengan ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia;
  • Merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi ( official signatories) [ seorang lagi ialah pemimpin kumpulan] bagi akaun simpanan atau semasa untuk unit pengakap itu;
  • Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin pengakap;
    Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit pengakap di mana perlu;
  • Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktivi luaran ( seperti rombongan, kembara, perkhemahan dan sebagainya ) untuk ahli-ahli;
  • Menyelia dan mengawal kemajuan unit pengakap di sekolahnya.




CONTOH KUASA PENGANJUR

GURU BESAR:  Tn Hj Abdul Rashid bin Sulaiman (Januari, 2014), merupakan Kuasa Penganjur Kumpulan Pengakap sekolah ini yang beralamat dan butiran berikut bagi sesi persekolahan 2013.

INI MEMBAWA MAKSUD; KUASA PENGANJUR SEKOLAH ANDA ADALAH TERDIRI DARI GURU BESAR DAN PENGETUA ANDA 

SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING FELDA,
72120 BANDAR SERI JEMPOL,
JEMPOL, NEGERI SEMBILAN.


Contact Info 



SIAPA PEMIMPIN PENGAKAP


  GURU PENASIHAT PENGAKAP

Jawatan ini diberikan oleh pengetua kepada guru yang ditugaskan untuk menjaga kumpulan Pengakap di dalam sekolah tersebut. Secara langsungnya, guru tersebut adalah seorang yang bergelar PEMIMPIN PENGAKAP. 

Sekolah akan melantik beberapa orang guru untuk bertugas sebagai GURU PENASIHAT PENGAKAP bagi menampung dan membolehkan menyelia bilangan ahli Pengakap yang ramai.

Sesebuah kumpulan Pengakap yang berdaftar dalam sekolah tidak dipanggil sebagai PERSATUAN PENGAKAP SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN....

Ia sepatutnya disebut sebagai:

KUMPULAN PENGAKAP KE-28
SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING 3 (FELDA0
DAERAH JEMPOL
NEGERI SEMBILAN



Dalam setiap kumpulan Pengakap mestilah dilantik seorang PEMIMPIN KUMPULAN
(Lencana pangkatnya tertulis "Pemimpin Kumpulan" yang dipakai disebelah bahu kiri).

PEMIMPIN KUMPULAN ini mempunyai dua orang pembantu yang disebut sebagai PENOLONG PEMIMPIN 
(Lencana pangkatnya tertulis "Penolong Pemimpin" sahaja yang dipakai disebelah bahu kiri).



CONTOH CARTA ORGANISASI 

KUMPULAN PENGAKAP SEKOLAH 2013


KUASA PENGANJUR
Tn Mustaffa bin Mohamed

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
En Mazri bin Mansor

PEMIMPIN KUMPULAN PKK
En Zulkifli bin Muhamad

PENOLONG PEMIMPIN
                                                            Pn Siti Fatimah bt Muhammad 
                                                            En. Ganapragasan a/l Arokiam

4. Lambang Pengakap Malaysia - KG

LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA
    
Lambang Pengakap Malaysia
  • Pecahan 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.
  • 2 Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.
  • Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"
  • Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
  • Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
  • Lingkaran Tali (biru tua) melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia".
  • Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap:
    Kuning "Pengakap Kanak-Kanak",
    Hijau "Pengakap Muda",
    Merah "Pengakap Remaja"
  • Anak bulan dan bintang menunjukkan agama rasmi Malaysia, agama Islam.
  • Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.


3. Bendera Negeri Sembilan - KG

Bendera Negeri Sembilan





  • Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. 
  • Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat.
  • Bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.


Bendera Negeri Sembilan

2. Bendera Malaysia - KG

BENDERA MALAYSIA


Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat  dan kewarganegaraan bagi sebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah air. Bendera ditakrifkan sebagai sebidang kain yang diperagakan bagi menunjukkan tanda dan lambang kewujudan yang juga dikenali sebagai panji dan obor. Bendera dalam budaya Melayu biasanya dikaitkan dengan kedudukan golongan Diraja yang memerintah.

Terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini menandakan keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).

Warna merah pada jalur membawa makna gagah berani dan warna putih pula membawa makna suci murni. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang adalah warna Diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu. Gabungan tiga warna utama iaitu merah, putih dan biru melambangkan setiakawan Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom dan penyatuan Tanah Melayu dengan Negara-negara Komanwel.

Sejarah Bendera Malaysia Pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan peringkat kebangsaan untuk memilih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk. Dalam pertandingan tersebut, ciptaan Encik Mohamad bin Hamzah  (arkitek kerajaan Johor) dipilih sebagai pemenang.

Walau bagaimanapun reka bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara. Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950.

Sehubungan dengan itu, buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King Goerge VI pada 26 Mei 1950. Selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963,
Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diubahsuai sejajar dengan kemasukan Sarawak, Sabah dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu.

Walaupun Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965, namun Malaysia masih mengekalkan ciri-ciri benderanya. Setelah berkibar megah sejak 1950, pada malam 31 Ogos 1997, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang merupakan Perdana Menteri ketika itu telah mengukir satu lagi sejarah apabila beliau mengumumkan nama baru bagi Bendera Malaysia iaitu JALUR GEMILANG.

1. Lagu Negaraku - KG

Lagu 'Negaraku'- Lagu Kebangsaan Malaysia



1.  Pengakap akan menyanyikan lagu 'Negaraku'

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta 



2.  Bagaimana Menghormati lagu kebangsaan 


  • Lagu kebangsaan adalah suatu lagu yang diakui menjadi suatu lagu rasmi dan menjadi simbol suatu negara atau daerah. 
  • Lagu kebangsaan dapat membentuk identiti nasional suatu negara dan dapat digunakan sebagai ekspresi dalam menunjukkan nasionalisme dan patriotisme. 
  •  Menurut Akta Lagu Kebangsaan 1968, gagal berdiri untuk menghormati lagi Negaraku yang sedang berkumandang boleh didenda RM100 atau lebih buruk, merengkok sebulan dalam penjara.
  • Katanya, Seksyen 8(2) akta itu menyebut menunjukkan rasa tidak hormat pada lagu kebangsaan dan tafsirannya meluas seperti melambai tangan, menyilangkan kaki atau sambil makan ketika Negaraku dikumandangkan.
  • cara untuk menghormati lagu kebangsaan, Dimana sewaktu berkumandang  lagu Negaraku siapa yang mendengarnya dikehendaki untuk berdiri sebagai tanda menghormatinya. Jika sedang berjalan ketika itu, hendaklah berhenti berjalan dan berdiri tegak sehingga lagu habis dinyanyikan.




Bendera Malaysia

LENCANA KERIS GANGSA (Tahun 4)





LENCANA KERIS GANGSA



KESETIAAN
  1. Menyanyi lagu 'Negaraku' dan memahami bagaimana menghormati lagu itu ketika dimainkan
  2. Mengenal Bendera Malaysia & Negeri masing-masing
  3. Lambang sejagat Pengakap & cogankata Pengakap kanak-kanak
  4. Mengetahui Lambang Pengakap Malaysia
  5. Mengena, nama penuh Kuasa penganjur / Guru Besar, Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-kanak kumpulannya
  6. Mengetahui agama di Malaysia serta tempat ibadat di kawasan sekitar tempat tinggalnya


KESIHATAN DAN KESELAMATAN
  1. Mengetahui kepentingan Kesihatan & kebersihan diri 
  2. Mengetahui / menyedari bahayanya menelan apa jua jenis pil atau gula-gula yang diberi oleh orang yang tidak dikenali
  3. Mengetahui bahaya bermain benda-benda tajam
  4. Mengetahui bahaya bermain sebarang alat yang mengandungi bahan letupan seperti mercun, mercun buatan sendiri, meriam buluh dan bunga api.
  5. Mengetahui bagaiman mendapatkan bantuan pertolongan jika berlaku kemalangan, mendapatkan alamat dan nombor telefon Balai Polis, Balai Bomba dan Penyelamat, Doktor, Klinik Kesihatan, tempat kerja ibu bapa dan keluarga rakan sebaya yang tinggal berhampiran
  6. Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalan raya, di tempat menunggu bas, melintas jalan di lampu isyarat, berjalan melalui terowong, jejantas dan lintasan lain-lain.
KECEKAPAN
  1. Mengetahui latihan Asas kawat kaki.
  2. Mengetahui cara Memanjat tali (tinggi tali tidak lebih 3 meter)
  3. Mengetahui kedudukan tempat-tempat awam di kawasan tempat tinggalnya dan dapat menunjukkan arah tempat-tempat itu kepada orang yang memerlukkan bantuan seperti; perhentian bas, keretapi, teksi, Balai Bomba, hospital, balai polis, pejabat pos dan lain-lain.
  4. Mengetahui cara yang betul memakai dan menjaga pakaian seragam pengakap dan mengetahui peraturan memakai lencana dan lain-lain seperti Lencana keahlian, Lencana Malaysia, Lencana Wajib, Nombor Kumpulan, Nama Daerah dan Negeri
  5. Isyarat-isyarat pengakap
  6. Simpulan mengikat Simpul Buku Sila & kegunaannya

PENYERTAAN
  1. Menjadi ahli perpustakaan sekolah da  perpustakaan awam tempatan, menunjukkan Pengakap Kanak-Kanak telah membaca sekurang-kurangnya TIGA buah buku dan dapat menceritakan balik isi ceritanya kepada Pemimpin pengakapnya
  2. Membuat satu barang permainan rekaan sendiri dari bahan terbuang
  3. Menjalankan SATU daripada aktiviti berikut; mengambil bahagian dalam persembahan pentas di sekolah ATAU Membuka akaun simpanan

PERKHIDMATAN
  1. Membantu ibubapa di rumah serta pengesahan dan perakuan dalam buku log
  2. Membantu guru / kakitangan sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah (pengesahan dan perakuan guru / kakitangan sekolah dalam buku log)