Saturday, 15 February 2014

13. Cara Memanjat Tali -KG

Mengetahui Cara Memanjat Tali

Kemahiran Memanjat Tali 
Memanjat tali 3 meter
Memanjat tali memerlukan kombinasi 2 anggota iaitu tangan dan kaki. Cara melakukan aktiviti ini adalah dengan :-
1.       Pegang tali pada aras muka dan sepitkan tali antara kedua-dua belah kaki.
2.       Gunakan kekuatan kedua-dua belah tangan untuk memanjat dan kedua-dua belah kaki untuk bertahan.
3.       Semasa kaki bertahan, tangan hendaklah menjangkau ke  bahagian atas tali sekaligus menarik badan keatas.
4.       Seterusnya gunakan tangan untuk bertahan sementara  kaki dinaikan menurut  tali.
5.       Langkah 2-3 diulang sehingga sampai atas.

Nota: sesetengah tali memberi kesan kepada tangan dan kaki kamu semasa melakukan aktiviti ini terutamnya semasa menuruni tali. Oleh itu berhati-hati untuk mengelakan tangan kamu tidak melecer. Sarung tangan digalakan digunakan semasa memanjat tali.


sumber rujukan
http://bukulogguru.blogspot.com/2012/09/keris-gangsa-pkk-memanjat-tali-3-meter.html

12. Peraturan Berjalan Kaki - KG

Peraturan Lalulintas - Berjalan Kaki/Berbasikal


LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DIJALAN RAYA



melintas

Melintas mengikut garisan kuning yang telah disediakan

PANDUAN BERJALAN KAKI

1. Pergi kesekolah lebih awal supaya tidak tergopoh-gapah
2. Berjalan dilorong pejalan kaki, jika ada
3. Jika tiada lorong untuk pejalan kaki, hendaklah berjalan ditepi jalan dan menghadapi lalu lintas yang datang dari hadapan (berjalan disebelah kanan jalan)
4. Jangan bermain-main diatas jalanraya atau dilorong pejalan kaki
5. Lihat kekiri dan kekanan sebelum melintas jalanraya dan pastikan tiada kenderaan lalu lalang disitu
6. Melintas dengan cepat tetapi jangan berlari
7. Jalan melintas jalan secara sambil lewa, jalan terus jangan menyerong
8. Jangan melintas dihadapan atau dibelakang kenderaan yang sedang berhenti, pandangan akan terlindung.



TATATERTIB SEMASA MENAIKI BAS

1. Jangan sesekali naik atau turun semasa bas sedang bergerak.
2. Tunggu hingga bas betul-betul berhenti, sebelum naik atau turun.
3. Hendaklah berbaris untuk menaiki bas
4. Duduk atau berdiri diam-diam semasa didalam bas
5. Jika anda turun daripada bas dan hendak melintas jalan, biarkan bas berjalan baru melintas.
6. Menunggu ditempat perhentian bas yang disediakan.


KAEDAH-KAEDAH YANG HARUS DIIKUTI BAGI PENUNGGANG BASIKAL

1. Tnetukan yang basikal anda dalam keadaan baik - khususnya brek, tayar, lampu-lampu dan "real reflector" sebelum menunggangnya.
2. Tunggang dengan cermat mengikut tepi jalan disebelah kiri.
3. Jangan bertolak, belok ke kanan atau kiri atau berhenti tanpa menoleh kebelakang dahulu. Beri isyarat jelas apa yang kamu hendak buat dan buat isyarat awal-awal lagi.
4. Jangan menunggang lebih dari dua basikal sejajar. Tunggang dalam satu baris diatas jalan raya yang sibuk atau sempit.
5. Diatas jalan-jalan yang sibuk, jika hendak pusing kekanan, lebih selamat berhenti dahulu dibahagian kiri dan tunggu, jika ada terluang dari lalu lintas dari kedua-dua arah baru melintas.
6. Berhati-hati jika cuaca tidak baik dan jalan-jalan raya licin.
7. Ketika menunggang hendaklah sentiasa pegang "Handle" dan kaki berada diatas pengayuh.
8. Jangan berpegang pada kenderaan lain atau penunggang basikal lain.
9. Jangan menunggang rapat dibelakang kenderaan lain
10. Jangan menunggang simpang-siur atau meliok-liok, mendaki bukit atau berbelok dengan mengejut.
11. Jangan bawa apa-apa yang boleh menggangu imbangan badan anda (Bungkusan, buku-buku dan lain-lain) hendaklah diletak baik-baik dan diikat ketat-ketat pada "carriers". Jauhi dari membawa penumpang.
12. Bila melalui dekat kereta yang berhenti awasi penumpang-penumpang yang membuka pintu kereta itu. Jauh sedikit dari kereta seperti itu bila lalu dekatnya.
13. Jangan menunggang waktu malam tanpa lampu - kamu mesti ada lampu putih didepan dan lampu mereah dibelakang.
14. Dimana ada jalan tempat basikal lalu ditepi jalan, ikutilah jalan itu

11. Cara Mendapatkan Bantuan Pertolongan - KG

Cara Mendapatkan Bantuan Pertolongan Jika Kecemasan











HOSPITAL DAN KLINIK KESIHATAN
HOSPITAL DAERAH JEMPOL
72120 BANDAR SERI JEMPOL
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
No. Tel : 06-4592000
No. Fax : 06-4581086

KLINIK KESIHATAN SERTING
72120 BANDAR SERI JEMPOL
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
No. Tel : 06-4585136
No. Fax : 06-4585140

PEJABAT BOMBA DAN PENYELAMAT
PEJABAT BOMBA DAN PENYELAMAT DAERAH JEMPOL
72120 BANDAR SERI JEMPOL
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
No. Tel : 06-4581484
No. Fax : 06-4582424

IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD)
IPD JEMPOL
72100 BAHAU
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
No. Tel : 06-4541222
No. Fax : 06-4583740

PUSAT LATIHAN POLIS AIR HITAM (PULAPOL)
72120 BANDAR SERI JEMPOL
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
NO. TEL : 06-4684222
NO. FAX : 06-4684229

NO. TELEFON TEMPAT KERJA IBU:................................................................................................
NOMBOR HP IBU:...............................................................................................................................

NO TELEFON TEMPAT KERJA AYAH:............................................................................................
NOMBOR HP AYAH:............................................................................................................................

NO. TELEFON JIRAN:.......................................................................................................................

NO TELEFON SAHABAT:..................................................................................................................

NO TELEFON SEKOLAH:.................................................................................................................

NO TELEFON ABANG:.......................................................................................................................

NO TELEFON KAKAK:........................................................................................................................

10. Bahaya Bermain Sebarang Bahan Letupan - KG

Bahaya Bermain Bahan Letupan


1. Mercun

2. Mercun Bola



3. Meriam Buluh



SEBAB-SEBAB BAHAYA BERMAIN BAHAN LETUPAN

  • Boleh menyebabkan kebakaran rumah.
  • Boleh mendatangkan kecederaan pada tubuh badan atau kematian.
  • Mencemarkan alam sekitar.
  • Boleh memusnahkan harta benda.
 Contoh Bahan Letupan
  • Mercun
  • Meriam Buluh
  • Bom

9. Mengetahui Bahaya Bermain Benda-benda Tajam -KG


Bahaya Bermain Benda Tajam






BAHAYA BERMAIN MATA PISAU
  • Kita dilarang bermain dengan mata pisau kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan kepada tubuh badan jika tidak digunakan dengan berhati-hati atau menggunakan secara cuai.
  • Menggunakan mata pisau haruslah dengan pengawasan orang yang lebih dewasa.

MENGGUNA DAN MENJAGA PISAU KECIL
 
Kanak-kanak tidak seharusnya bermain dengan pisau kecil kerana boleh mendatangkan bahaya dan kecederaan. Jika perlu menggunakannya, kanak-kanak perlu menggunakannya dengan berhati-hati dan dengan pemantauan orang dewasa. Pisau yang hendak digunakan haruslah tajam dan tidak berkarat. Selepas digunakan, pisau hendaklah dibersihkan dan disimpan di tempat yang selamat.

Monday, 3 February 2014

8. Bahaya Menelan Pil / Gula-gula orang Yang Tidak Dikenali - KG

Bahaya Menelan Pil / Gula-gula dari Orang Yang Tidak Dikenali




Tips panduan yang berguna untuk diamalkan seperti berikut:   
  

1. Pengakap mesti sentiasa di bawah pengawasan ibu- bapa, guru-guru atau penjaga yang dipercayai.
2.  Pengakap sentiasa ada rasa 'cemburu' dan berhati-hati.  
3.  Pengakap digalakkan untuk bercakap atau bercerita apa yang berlaku sepanjang peninggalan ibu bapa.
4.  Pengakap mesti menjauhi orang yang tidak dikenali.
5.  Pengakap TIDAK DIBENARKAN tidur di rumah orang lain kecuali sangat perlu dan keluarga tersebut dikenali sebagai keluarga yang amanah dan berhemah.   
6.  Pengakap menjerit minta tolong atau sebut "API-API" jika ada gangguan atau pencerobohan terhadap dirinya.   
7.  Pengakap berdoa mohon keselamatan serta perlindungan Tuhan semasa melangkah keluar rumah, contoh: " Bismillahi tawakkaltu 'alAllah".   
8.  Pengakap Jangan terima pelawaan orang yang tidak dikenali untuk tunjuk arah atau jalan, suruh orang itu minta pertolongan lelaki dewasa. Jika didesak juga, lari dan jerit minta tolong.   
9. Pengakap Jangan tumpang orang yang tidak dikenali sama ada kereta, motor atau basikal.   
10. Pengakap  Jangan percaya dan ikut orang yang mengaku dihantar oleh ibu bapa untuk mengambil kamu balik dari sekolah, meskipun diberitahu ibu-bapa kemalangan dan sebagainya.   
11.  Pengakap  Jangan terima duit, gula-gula atau snek dari orang yang tidak dikenali, jiran, jaga sekolah, guru atau teman lelaki jika berseorangan sahaja dengan mereka.   
12.  Pengakap perlu  Berhati-hati apabila dalam perjalanan pergi sekolah, kedai dsb juga bila balik rumah. 13. Pengakap  Jangan jadikan amalan terlalu rapat dengan jiran lelaki sama ada tua atau muda, lebih-lebih lagi pergi bermain dan tidur di rumahnya kecuali dengan pengetahuan ibu-bapa dan tidak bersunyi-sunyi.  
14. Jika Pengakap dihalang semasa sedang berjalan, cuba elakkan orang tersebut, jika masih dihalang, lari kebelakang dan jerit sekuat hati.   
15. Pengakap mesti Balik ke rumah segera sama ada dari sekolah atau tugasan diluar, jangan singgah dimana-mana tanpa kebenaran dan elakkan dari terlalu banyak bermain-main.   
  
  

Ingat:  Pengakap TIDAK menerima pemberian makanan, gula-gula mahupun air dari orang yang tidak dikenali.   



 
  
  
  



Keselamatan Diri
Keselamatan tidak boleh dikompromi. Tiada tolak ansur dalam menjaga keselamatan diri. Anda mesti menjaga keselamatan diri anda dengan mengikut tip-tip berikut:

JANGAN mengikut orang yang tidak dikenali pada bila-bila masa.
JANGAN mudah percaya kata-kata orang yang tidak dikenali.
JANGAN ingkar nasihat guru atau ibu bapa, atau orang yang lebih tua. Setiap larangan pasti ada sebab dan akibatnya.
JANGAN bergerak jauh daripada ibu bapa atau kumpulan rakan sekolah semasa anda mengikuti rombongan lawatan dan sebagainya.
JANGAN dekati atau melayan orang yang tidak dikenali – jika dia memaksa, anda mesti menjerit sekuat hati dan lari ke arah orang ramai.

7. Kepentingan Menjaga Kesihatan & Kebersihan Diri - KG

Kepentingan Menjaga Kesihatan Diri



Dalam hidup ini kita mestilah menjaga kesihatan.   Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira.  Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang memastikan amalan menjaga  kesihatan diri dipraktikkan dengan sebaik mungkin.
        
Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri,  kita dapat melakukan berbagai aktiviti yang kita suka.   Sebagai contoh, kita dapat bemain bola sepak dan berolah raga dengan selesa.   Kesannya kita akan lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang kita minat.  Mana mungkin orang yang tidak sihat dapat bermain bola dan beraktiviti.
            
Selain itu,apabila kita menjaga kesihatan kita dengan baik, kita dapat belajar dengan selesa dan mudah menumpukan perhatian sewaktu guru sedang mengajar atau memberikan penerangan.   Keselesaan ini terhasil disebabkan kita tidak mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu konsentrasi kita seperti selsema, demam, sakit perut dan lain-lain lagi.
            
 Di samping itu, orang yang menjaga kesihatan juga tidak menghadapi sebarang halangan yang menyebabkan kita tidak boleh hadir ke sekolah.  Jika kita sakit sudah tentu kita merasa bimbang penyakit tersebut akan berjangkit kepada rakan-rakan.  Kita mungkin akan dikurantinkan di rumah dan menyebabkan kita kerugian dalam pelajaran.

     
Pepatah ada mengatakan bahawa 'kesihatan itu lebih baik daripada harta benda'. Jika kita mengalami masalah kesihatan, kita tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan selesa. Malah kekayaan yang kita miliki juga tidak dapat kita nikmati sepenuhnya. Sebagai contoh, jika kita menghidap penyakit kencing manis, makanan yang sedap seperti daging dan udang tidak dapat kita makan walaupun kita mampu membelinya. Kita juga tidak dapat melancong ke luar negara walaupun kita mempunyai banyak wang.



Orang yang sihat juga mempunyai badan yang lebih cergas dan bertenaga. Jika seseorang sihat itu bekerja, dia dapat melakukan kerja yang diberi dengan baik dan berkualiti.  

Otak yang cerdas juga datangnya daripada badan yang sihat. Otak yang cerdas juga membolehkan kita berfikir dengan rasional apabila menghadapi sesuatu perkara, seterusnya kita akan menjadi lebih kreatif dan inovatif. Sesungguhnya, negara kita amat memerlukan rakyat yang kreatif dan inovatif untuk membolehkan negara menjadi maju dalam bidang sains dan teknologi.  

Kesihatan yang baik juga berperanan menjadikan seseorang itu lebih bahagia. Jlka kita sihat, banyak aktiviti yang boleh kita lakukan seperti melancong bersama keluarga. Sesungguhnya, aktiviti yang dijalankan bersama-sama keluarga dapat mewujudkan keluarga bahagia. Sebaliknya, jika kita sakit, kita akan menyusahkan ahli keluarga yang lain. Orang yang tidak sihat akan membebankan keluarga untuk menjaga dan mencari sumber kewangan bagi menampung kos rawatannya.

Orang yang sihat juga dapat menyimpan wang. Orang yang sakit memerlukan wang untuk berbelanja bagi merawat penyakit yang dihidapi. Tambahan pula kos rawatan bagi penyakit yang berbahaya dan kronik amat mahal. Adakalanya rawatan penyakit tersebut hanya terdapat di luar negara. Jika kita sihat, wang yang kita miliki itu boleh digunakan untuk melancong, membuat kebajikan atau membeli barang-barang keperluan yang lain.


  • Kebersihan Tubuh
    Ini amat penting bagi memastikan anda sentiasa sihat dan tidak dijangkiti penyakit.


    Pastikan kuku anda sentiasa kemas dan pendek.
    Rambut juga pastikan sentiasa pendek. Bagi perempuan yang berambut panjang, pastikan anda membuat tocang.
    Untuk mengelakkan kelemumur atau kutu, pastikan anda membasuh rambut dengan syampu setiap hari.
    Jangan sesekali berkongsi sikat dengan rakan atau adik-beradik.kerana ini akan memudahkan jangkitan misalnya kutu dan sebagainya.
    Rambut haruslah disikat rapi dan bagi pelajar lelaki, pakai minyak rambut supaya nampak kemas.
    Gosok seluruh badan dengan sabun semasa mandi, terutamanya di celah-celah ketiak dan kelengkang.
    Selesai mandi, lap badan sehingga kering, dan cuci telinga dengan berhati-hati.
  • MENJAGA KEBERSIHAN DIRI
  • 1. KEBERSIHAN DIRI• 
  • Bermaksud – Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk menjamin kesejahteraan hidup.
  • 2. Remaja perlu bertanggungjawab menjaga kebersihan diri.
  • 3. Kebersihan diri penting bagi meningkatkan penampilan agar mudah didekati oleh rakan-rakan.
  • 4. Amalan ini juga dapat menjauhkan diri daripada dijangkiti penyakit.
  • 5. Amalan menjaga kebersihan diri:
  • . Gunakan tuala wanita yang bersih semasa kedatangan haid.
• Amalkan menanda pada kelandar tarikh bermula dan berhenti haid agar kita sentiasa bersedia. 
• Mandi dan cuci rambut supaya badan dan rambut bersih, tidak berbau dan berasa segar.
• Pakai pakaian dalam yang bersih dan kering bagi mengelakkanpenyakit kulit.
• Elakkan berkongsi pakaian, tuala dan sikat bagi menghindar penyakit kulit dan kuku.

  • 6. Kepentingan Menjaga Kebersihan Diri
  • • Terhindar daripada penyakit 
  • • Displin diri
  • • Mengurangkan bahaya dan risiko jangkitan penyakit
  • • Mewujudkan suasana yang indah dan menenangkan fikiran
  • • Menimbulkan keharmonian keluarga dan masyarakat