Sunday, 23 February 2014

LENCANA KEMAJUAN KERIS PERAK (KP)

SUKATAN LENCANA KEMAJUAN KERIS PERAK



KESETIAAN

  1. Orang kenamaan/Sultan/Yang Dipertua Negeri
  2. Pesuruhjaya Daerah
  3. Rukun Sembahyang agama masing-masing
KESIHATAN DAN KESELAMATAN
  1. Cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran
  2. Mengetahui faedah senaman
  3. Cara memberhentikan darah keluar dari hidung
  4. Bahaya eletrik dan gas
  5. Isi kandungan Peti Pertolongan Cemas
KECEKAPAN
  1. Latihan Asas Perbarisan (Buka / Tutup Barisan)
  2. Ikatan Buku Sila/Bunga Geti/Simpul Manuk
  3. Memasang, mengibar, menurun, melipat bendera
PENYERTAAN
  1. 5 jenis haiwan dan sifat khususnya
  2. Cara tumbuhan mendapatkan makanan
  3. Cara mengelakkan makanan tercemar
  4. Asas penggunaan komputer
  5. Penggunaan telefon awam
PERKHIDMATAN
  1. Mengetahui dan memahami isyarat wisel
  2. Syarahan atau ceramah
  3. Memberikan pertolongan di air dengan alatan
Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Kanak-kanak ini telah menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut


Tarikh: ........................................                        Diluluskan oleh:.............................................................

Tuesday, 18 February 2014

LENCANA KEPANDAIAN - ( KATEGORI KEGEMARAN )


 LENCANA KEPANDAIAN ( KATEGORI KEGEMARAN )

Lencana Kepandaian - Kategori Kegemaran








Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Pengakap Kanak-kanak – LENCANA KERIS GANGSA, Pengakap  itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran seperti di bawah mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut:

1. Ahli Koleksi Hobi.
2. Ahli Kraf tangan
3. Ahli Peladang kecil.
4. Ahli Pelukis.
5. Ahli Pembaca Buku.
6. Penghibur.
.

Ahli Koleksi Hobi
Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Kanak-kanak PK bagi mengiktiraf minat @ hobi dalam mengisi masa lapang seperti : mengumpul pelbagai setem, matawang asing, sampul surat hari pertama, rantai kunci, lencana-lencana Pengakap
Mereka juga boleh memungut dan mengumpulkan apa juga barang sebagai hobinya dengan cara menyimpan dengan kemas dan tersusun serta mengetahui sedikit sebanyak mengenai koleksinya.
Ahli boleh memilih sendiri koleksi hobinya seperti contoh di bawah :
  • Koleksi LIMA (5) jenis setem Malaysia yang berbeza. 
  • Menghasilkan 1 buku skrap samada tumbuhan herba, bunga, sejarah, sukan dan lain-lain berdasarkan kemampuan ahli pengakap PK itu sendiri.
  • Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis pensil pelbagai bentuk dan logonya. Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis daun-daun tumbuhan. 
  • Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis pelbagai bentuk botol dan penutup botol. 
  • Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis mata wang asing sama ada wang kertas atau syiling. 
  • Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis rantai kunci (key-chain). 
  • Koleksi sekurang-kurangnya LIMA (5) jenis lencana Pengakap seperti lencana Perhimpunan, Agoonoree, Jambori dan koleksi lencana Pengakap antarabangsa dan lain-lain. 
  • Menyediakan sebuah buku skrap tentang satu jenis koleksi hobinya.
  • Lain-lain hobi yang sesuai.


Ahli KraftanganLencana ini diberikan kepada ahli Pengakap Kanak-kanak PK bagi mengiktiraf minat dalam menghasilkan bahan-bahan kraf seperti : Tikar anyaman, Wogel Penanda buku, Alat permainan Layang-layang
1. Membuat SATU (1) jenis kraftangan tradisional seperti anyaman ATAU membuat layang-layang.
2. Menghasilkan sekurang-kurangnya DUA (2) Penanda Buku daripada bahan seperti : Kad manila Plastik Daun kering Bahan kulit
ATAU
3. Membuat satu jenis rekaan dari kertas seperti : Rekaan untuk kegunaan sehari-hari seperti sampul surat, beg, buku dan lain-lain. Rekaan binaan seperti topeng atau sarung kepala keluarga “Mowgli”. Rekaan alat permainan seperti kapal, kapal terbang, burung ajaib dan lain-lain berdasarkan pengetahuan dan fantasi.


Peladang Kecil
Lencana ini diberikan kepada ahli bagi mengiktiraf minat dalam menjaga tanaman dan memelihara tanaman dan haiwan ternakan dengan kaedah-kaedah yang betul.
Pilih TIGA (3) sahaja daripada perkara-perkara berikut : 
  • Menyediakan 5 polibeg untuk menanam sayur-sayuran. 
  • Menunjukkan cara menanam pokok sayur-sayuran. 
  • Menunjukkan cara menjaga tanaman. 
  • Memelihara sekurang-kurangnya 5 ekor anak ayam sebagai ternakan asas. Memelihara sekurang-kurangnya 5 ekor anak ikan air tawar di kolam samada di sekolah/rumah secara sendiri/dengan usahasama rakan sebaya dari kumpulan 6 sekawan. 
  • Menyediakan 2 batas untuk mengalihkan anak semaian.
  •  Menyediakan satu buku skrap atau folio yang berkaitan dengan penanaman sayur-sayuran.


Pelukis
Lencana ini diberikan bagi mengiktiraf minat mereka mengisi masa lapang dengan aktiviti melukis, mewarna, membina arca dan dapat menghasilkan lukisan yang menarik.
Ahli boleh memilih EMPAT (4) aktiviti di bawah : Memilih 2 warna daripada 1 watak dalam Cerita Rimba “The Jungle Book” dan mewarnakannya.
1. Melakonkan SATU (1) watak di bawah :
2. Melukis gambar pelangi serta menamakan tiap-tiap warna itu.
3. Menyebut 3 warna asas.
4. Menunjukkan 3 warna sekunder dari campuran warna-warna asas dengan menggunakan warna air.
5. Menghasilkan satu Kad Ucapan seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Krismas, Hari Wesak dan Kad Hari Lahir.
6. Menghasilkan satu rekaan corak dari bahan terbuang sama ada cetakan, mozek, jubin tanah liat, mural, hiasan dinding, kolaj, yang motifnya berdasarkan tulisan huruf dan angka, corak tradisi, corak bebas, geometri dan rekaan manusia.
7. Membentuk satu binaan (dari bahan terbuang) seperti bentuk tiga dimensi, arca, asemblaj, topeng dan anyaman asas yang motifnya berdasarkan alat permainan, bentuk lembaga, bangunan, bentuk berdasarkan cerita dongeng, sejarah, fantasi dan haiwan.
Watak
MargaPerwatakanAkelaSerigala TunggalPemimpin bijaksanaBagheeraHarimau KumbangJurulatih mahirBalooBeruangGuru undang-undangAdek KelabuAnak SerigalaKeluarga AngkatMowgliBudak LelakiKawan MargaMysaSeladangPendengar baikShere KhanHarimau BelangPembuliBanderlogMonyetPembohongBuldeoPemburuSamsengJakalaBuayaPura-puraSahiLandakPenulisHathiGajahTokoh hormatKaaUlar SawaPemanjatTabaquiRubahPengampuMessuaWanitaIbu angkatWhite hoodUlar sendukPenjaga
8. Membuat kraftangan tradisional seperti lukisan, anyaman dan seni tembikar berdasarkan corak yang bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan.

Pembaca Buku
Lencana ini diberikan bagi sebagai mengiktiraf minat membaca mereka menjadi Ahli Perpustakaan Sekolah.
1. Boleh membaca sekurang-kurangnya sebuah buku cerita mudah kanak-kanak dengan sebutan yang betul dan jelas dengan bimbingan pemimpin.
2. Menjadi ahli perpustakaan sekolah atau perpustakaan mini Kelas Pendidikan Khas serta turut memberi khidmat sukarela seperti memelihara, mengemas dan menjaga kebersihan perpustakaan dan mengetahui mengapa perpustakaan harus dipelihara.

Penghibur
Lencana ini diberikan bagi mengiktiraf minat ahli dalam berhibur dengan menyanyi, bermain alat muzik dan menari. Ahli boleh memilih TIGA (3) daripada aktiviti di bawah :
1. Dapat menyanyikan salah sebuah lagu daripada kategori di bawah :
  •  Lagu kanak-kanak, jenaka, asli dan patriotik. 
  • Lagu Tradisi Masyarakat : Lagu setempat seperti ”Rasa Sayang” atau lagu asing seperti ”Red River Valley” dan sebagainya. 
  • Lagu Asli 
  • Lagu patriotik 
  • Lagu Pengakap.


24. Membantu Guru / Kakitangan Menjaga Kebersihan dan Keceriaan Sekolah - KG

Membantu Guru/Kakitangan Menjaga Kebersihan dan Keceriaan Sekolah

Ahli Pengakap hendaklah membantu Guru / Kakitangan sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

Tugasan ini mendapat pengesahan dan perakuan guru / kakitangan sekolah dalam buku log


gotong-royong di sekolah






SENARAI TUGASAN  YANG MEMBANTU GURU / KAKITANGAN SEKOLAH

1.
2.
3.
4.
5.
6.


Saya mengesahkan ahli pengakap tersebut membantu guru /kakitangan sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

Segala maklumat diatas diakui benar belaka


Tandatangan


....................................................................
NAMA:
TARIKH:

23. Membantu Ibu bapa di rumah setiap hari

Membantu ibu bapa di rumah

MEMBANTU IBU BAPA DI RUMAH

Setiap Ahli Pengakap disarankan agar mematuhi dan mempraktikkan undang-undang Pengakap pada setiap masa.  Undang-undang Pengakap yang kedua menyarakankan agar setiap ahli Pengakap mentaati kedua ibu bapanya.

Ahli Pengakap dikehendaki berusaha membantu ibu bapa mereka dengan melakukan kerja-kerja rumah yang sesuai dengan keupayaan mereka.    Ibu bapa terlalu banyak tugas dalam mengurus keluarga setiap hari. Oleh itu, kita mesti membantu ibu bapa seperti membasuh pinggan, mengemas rumah, mencuci kereta, mencuci longkang, menyiram bunga, mencuci bilik air/tandas dan sebagainya lagi. Dengan ini, beban kerja yang ditanggung oleh mereka akan menjadi lebih ringan, di samping dapat menambahkan kasih sayang antara setiap ahli keluarga.


 CUCI KERETA


CUCI LONGKANG

SENARAI TUGAS YANG KAMU TELAH BANTU KERJA-KERJA IBU BAPA KAMU DALAM TEMPOH SEMINGGU YANG LEPAS


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Saya, ibu / bapa atau penjaga kepada Pengakap, mengesahkan bahawa saya telah berpuas hati terhadap bantuan dan pertolongan yang diberikan kepada kami.

Segala maklumat yang saya beri saya akui benar belaka

Tandatangan


......................................................................................
Nama:...........................................................................
Tarikh:..........................................................................

22. Atau Membuka Akaun Simpanan - KG

ATAU MEMBUKA AKAUN SIMPANAN


PENGAKAP KANAK-KANAK MEMBUKA AKAUN SIMPANAN

nOTA:
Ahli pengakap yang telah mempunyai akaun simpanan di bank dikehendaki menunjukkan bukti/fotostat dan menunjukkan kepada pemimpinnya

NAMA BANK:....................................................................................................

NO. AKAUN:......................................................................................................




AKAUN SIMPANAN DI BANK

Akaun simpanan membolehkan anda menyimpan atau memasukkan wang anda dan menerima faedah tanpa tempoh matang yang telah ditentukan. Ditawarkan oleh semua institusi perbankan di Malaysia, faedah yang diterima ke atas baki anda lazimnya dikreditkan ke dalam akaun pada setiap bulan. Deposit minimum untuk membuka akaun ini berbeza-beza antara satu institusi perbankan dengan institusi perbankan yang lain. Jumlah dikenakan mungkin serendah RM 1.

Anda boleh mengeluarkan atau memasukkan wang ke dalam akaun simpanan anda pada bila-bila masa. Anda juga boleh memohon kad ATM dengan nombor PIN yang tertentu. Kad ini membolehkan anda mengeluarkan wang daripada mesin ATM cawangan institusi perbankan berkenaan di samping menjalankan pelbagai transaksi lain.


Bagaimana cara buka akaun simpanan Maybank di Malaysia? 

Baru-baru ini aku membuka akaun simpanan di Maybank 

prosedurnya adalah sangat mudah dan cepat.


Sila bawa dokumen penting seperti IC (Kad pengenalan).   Selepas itu, boleh pergi ke mana-mana cawangan Maybank di Malaysia yang berhampiran.
Cara Buka akaun simpanan Maybank di Malaysia
Kad Visa Debit Maybank
Jumlah minimum untuk membuka akaun simpanan Maybank ialah RM250 untuk Saving Account-i atau Kawanku Saving Akaun). Tetapi pengakap kanak-kanak pelajar(student), pengakap tidak perlu membayar RM250 deposit itu sebaliknya hanya perlu isi borang butiran diri sahaja. Bagi student, mereka cuma minta tulis nama IPT / sekolah dan nama penjaga (bapa) serta kad pengenalannya sahaja dan tidak perlukan deposit.
Pengakap juga boleh membayar deposit RM50 sahaja sekiranya  memohon dengan menyertakan sekali borang lantikan oleh majikan.  Tetapi sebenarnya saya rasa tidak banyak beza sama ada kita perlu membayar deposit RM250 atau RM50 ataupun tiada deposit semasa membuka akaun di Maybank.  Sebabnya ialah, wang jumlah minimum deposit itu hanyalah syarat untuk membuka akaun sahaja dan pengakap boleh mengambilnya semula sebaik sahaja anda membuka akaun baru.
Semasa proses buka akaun, staf Maybank mungkin akan tanya pengakap sama ada ingin buka akaun Maybank2u online sekali (selain daripada kad ATM Visa Debit Maybank itu) atau tidak jika anda tidak nyatakan. Sebenarnya lebih baik buka sekali supaya tidaklah leceh sangat kalau tiba-tiba kita nak guna, lagipun tiada bayaran dikenakan.

21. Mengambil Bahagian Dalam Persembahan ATAU ..... - KG

Mengambil bahagian dalam Persembahan Pentas 

PENGAKAP KANAK-KANAK MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PERSEMBAHAN PENTAS DI SEKOLAH

SAMADA 
1. Teater
2. Tarian
3. Ballet
4. Pantun
5. Syarahan
6. Nasyid
7. Nyanyian
8. Bercerita

20. Membuat Satu Barang Permainan Rekaan Sendiri Dari Bahan Terbuang - KG

Membuat Satu Barang Permainan Rekaan Sendiri Dari Bahan Terbuang

 

MEMBUAT SATU BARANG PERMAINAN REKAAN SENDIRI DARI BAHAN TERBUANG

CONTOH AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PENGAKAP KANAK-KANAK

1.  HADIAH HARI IBU 

Sempena hari ibu this weekend, kami buat recycle craft  sebagai hadiah untuk para ibu. Apa lagi kalau bukan bunga?? kali ni kami buat dari bekas telur yang dipotong – terpulang nak membentuk tulips atau potong ikut kelopak bunga2 lain. Kemudian warnakan bahagian luar dan dalam. Boleh juga gamkan kertas warna atau kapas dibahagian dalam untuk hiasan. Tebukkan bahagian bawah bekas telur dan masukkan lidi atau straw minuman sebagai batang. Kalau sempat boleh tambahkan kertas hijau yang dipotong membentuk daun-daun.
Dah siap..;-)





Jom Pancing Ikan!





T-Shirt Weaving